Aidilfitri 2026: Bersyukurlah BUDI MADANI RON95 Masih RM1.99 Seliter!

Penetapan harga BUDI MADANI RON95 membolehkan rakyat Malaysia terus menikmati subsidi bahan api hingga banyak lebuh raya terus mengalami kesesakan terus ke utara, selatan dan pantai timur pada 18 Mac 2026.
PENDAPAT, 19 Mac – Hari Raya Aidilfitri di Malaysia terus disambut dengan penuh meriah meskipun harga minyak dunia meningkat ketara dan minyak mentah global kini melebihi AS$100 setong susulan konflik berterusan di Asia Barat ketika ini.
Ini setelah Kerajaan MADANI terus mengekalkan harga RON95 bersubsidi pada tahap RM1.99 seliter, walaupun harga di pam tanpa subsidi kini berharga RM3.27 seliter.

Dan ini bermakna, kerajaan menanggung subsidi sebanyak RM3.2 bilion sebulan bagi semua rakyat yang mengisi minyak di kenderaan masing-masing menggunakan BUDI MADANI RON95 dan BUDI DIESEL.
Dalam keadaan ini, Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan rasmi berkata, kerajaan mengekalkan harga RON95 di bawah BUDI95 pada RM1.99 bagi melindungi isi rumah, namun harga RON97 dan diesel diselaraskan mengikut Mekanisme Harga Automatik (Automatic Pricing Mechanism – APM) secara berperingkat selaras dengan kenaikan harga global sejak krisis berkenaan bermula penghujung Februari 2026.

Bermula 19 Mac sehingga 25 Mac 2026, harga runcit RON97 diselaraskan kepada RM4.55 seliter berbanding RM3.85 sebelum ini, manakala harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia ditetapkan pada RM4.72 seliter.
Walau bagaimanapun, selain pengekalan BUDI95, kerajaan juga mengekalkan harga RON95 tanpa subsidi pada kadar RM3.27 seliter, dan harga diesel di Sabah, Sarawak serta Labuan terus kekal pada harga RM2.15 seliter.

Kementerian Kewangan menegaskan bahawa walaupun Malaysia adalah negara pengeluar minyak, kelangsungan perolehan produk petroleum untuk pasaran domestik masih tertakluk kepada pasaran global.
Ini sekali gus memastikan harga di pam kekal bersubsidi pada RM1.99 seliter bagi rakyat Malaysia dan kenderaan asing mesti membayar pada RM3.27 seliter, melindungi kepentingan rakyat walaupun kos tanggungan subsidi meningkat ketara.

Dari sudut analisis ekonomi domestik, keputusan Kerajaan mengekalkan harga RON95 tanpa subsidi pada kadar sedia ada adalah langkah strategik bagi mengelakkan kejutan tekanan kos tambahan ketika rakyat rancak mengatur perjalanan cuti perayaan.
Ini secara langsung memastikan persediaan rakyat menyambut ketibaan Hari Raya Aidilfitri kekal lancar dan terjamin sepanjang minggu ini dan minggu depan.
Tambahan pula, keselamatan rantaian bekalan dan kestabilan harga barangan terus disokong menerusi perlindungan ke atas lebih 400,000 kenderaan komersial, termasuk bas ekspres, lori, dan treler.
Melalui Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) dan Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS), impak kenaikan kos logistik dan pengangkutan dapat dikekang daripada melonjak secara mendadak.
Pendekatan bersasar yang diamalkan ini amat kritikal dalam mengurangkan kesan rantaian inflasi ke atas perbelanjaan isi rumah dan menyokong kestabilan makroekonomi.
Alhamdulillah, hasil pelaksanaan BUDI95 yang dilaksanakan lebih awal membantu rakyat melindungi kesan kejutan daripada krisis Asia Barat dan mampu menyalurkan subsidi bahan api kepada rakyat dan Aidilfitri tahun ini masih lagi disambut meriah dengan pertambahan sehingga 3.47 juta kenderaan pulang ke kampung halaman tanpa sebarang masalah.

Bersyukurlah kita menyambut lebaran dengan harga minyak masih murah, malah antara yang termurah di dunia dengan subsidi diberikan kepada rakyat di saat negara lain di dunia bergelut dengan kenaikan harga minyak malah di sesetengah negara, bekalan bahan api dicatu seperti Thailand, Filipina dan Vietnam.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web


