Agong Terima Menghadap PM Anwar Di Istana Negara

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Negara pada 18 Ogos 2025. Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
KUALA LUMPUR, 18 Ogos – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut perkongsian di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, pertemuan itu berlangsung di Istana Negara, hari ini.

Beberapa keping foto sesi menghadap berkenaan turut dikongsikan Sultan Ibrahim yang menerima lebih 3,500 reaksi dan dikongsi 204 akaun Facebook.
Terdahulu Anwar yang juga Menteri Kewangan menyampaikan amanat pada Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi bulan Ogos 2025 di Puspanitapuri, Putrajaya.

Sementara itu, komen warganet yang dititipkan di halaman Facebook Sultan Ibrahim, rata-rata mereka menjunjung kasih atas perkenan baginda menerima menghadap Perdana Menteri.
“Semoga Malaysia 🇲🇾 semakin diberkati dibawah pemerintahan kedua dua Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Dirgahayu Malaysiaku. Merdeka!,” tulis Ridza Jidin.

Sementara Nur Aisyah pula menulis komen “Suka tengok PMX dengan Tuanku, nampak tenang dan penuh adab. Malaysia memang bertuah ada pemimpin macam ni…,” katanya.
Pengguna Facebook dengan nama Muthugaran Pali pula menulis “terbaik la anwar, menghadap agong bukan formaliti je tapi bukti dia jaga komunikasi, ni baru pm rakyat dan raja sama2 dihormati,” ujarnya.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
