Agong Terima Mengadap PM Anwar Di Istana Bukit Tunku

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Istana Bukit Tunku, Kuala Lumpur pada 29 Jun 2025. Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

KUALA LUMPUR, 29 Jun – Meskipun hari Ahad merupakan cuti hujung minggu, namun Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Istana Bukit Tunku, di sini hari ini.

Menerusi hantaran yang dikongsi Sultan Ibrahim di Facebook, pertemuan Perdana Menteri bersama Seri Paduka Baginda berlangsung kira-kira satu jam bagi membincangkan beberapa agenda dan isu-isu semasa negara.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Istana Bukit Tunku, Kuala Lumpur pada 29 Jun 2025. Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Beberapa keping foto pertemuan turut disiarkan di platform media sosial baginda yang turut dikongsi Perdana Menteri di Facebook.

Kandungan dan inti pati pertemuan hari ini tidak didedahkan kepada umum, namun lazimnya ia melibatkan hal ehwal semasa negara dan urusan kerajaan yang memerlukan perkenan baginda.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Istana Bukit Tunku, Kuala Lumpur pada 29 Jun 2025. Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *