Malaysia, Poland Setuju Tingkat Kerjasama Pelbagai Bidang, Perluas Pasaran Ke EU

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mengadakan pertemuan dua hala bersama Presiden Poland Andrzej Duda bersempena lawatan rasmi Presiden Poland ke Malaysia di Kompleks Perdana Putra pada 10 Jun 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA, 10 Jun – Malaysia dan Poland bersetuju memperkukuh serta memperluas kerjasama dua hala dalam pelbagai bidang perdagangan dan pelaburan, khususnya teknologi makanan dan digital, tenaga boleh diperbaharui serta berkongsi kepakaran dalam bidang hidrogen.

Dalam sidang media bersama hari ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia turut melihat peranan penting Poland yang kini menjadi Pengerusi Majlis Kesatuan Eropah (EU), untuk meneroka kerjasama lebih meluas bukan saja dalam konteks Malaysia, bahkan juga ASEAN.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mengadakan pertemuan dua hala bersama Presiden Poland Andrzej Duda bersempena lawatan rasmi Presiden Poland ke Malaysia di Kompleks Perdana Putra pada 10 Jun 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Ini adalah lawatan istimewa kerana Presiden (Andrzej) Duda kini adalah Pengerusi Majlis EU. Perbincangan bukan saja terarah kepada hubungan bilateral (dua hala) yang memang menjadi keutamaan, tapi juga menyentuh isu ASEAN dan EU.

“Kita bincang EUDR (Pelaksanaan Undang-Undang Anti-Penebangan Hutan EU), perjanjian perdagangan EU. Sejak (Andrzej) Duda menjadi pengerusi (Majlis EU), kita melihat ini sebagai ‘jalan pintas’ dalam proses perbincangan antara ASEAN dan EU serta Malaysia, EU termasuk Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) yang sudah berjalan sejak sekian lama.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mengadakan pertemuan dua hala bersama Presiden Poland Andrzej Duda bersempena lawatan rasmi Presiden Poland ke Malaysia di Kompleks Perdana Putra pada 10 Jun 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Pada saya, Poland dan EU adalah rakan strategik perdagangan negara untuk Malaysia serta ASEAN,” katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Andrzej yang mengadakan lawatan rasmi selama tiga hari ke Malaysia bermula hari ini diberi sambutan rasmi negara, berlangsung di Bangunan Perdana Putra di Putrajaya hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mengadakan pertemuan dua hala bersama Presiden Poland Andrzej Duda bersempena lawatan rasmi Presiden Poland ke Malaysia di Kompleks Perdana Putra pada 10 Jun 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Tedahulu, ketibaan Andrzej di Bangunan Perdana Putra sekitar jam 10.05 pagi tadi di sambut Anwar sebelum lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan.

Ketibaan Andrzej diiringi isterinya, Agata Kornhauser-Duda yang turut disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mengadakan pertemuan dua hala bersama Presiden Poland Andrzej Duda bersempena lawatan rasmi Presiden Poland ke Malaysia di Kompleks Perdana Putra pada 10 Jun 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Beliau kemudian memeriksa pasukan kawalan kehormat yang terdiri daripada tiga pegawai dan 103 anggota lain-lain pangkat daripada Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja yang dipimpin Mejar Nur Ahmad Zaim Zahari.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, dengan peranan penting Poland di EU, Malaysia turut melihat kerjasama yang lebih jauh dalam bidang pertahanan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mengadakan pertemuan dua hala bersama Presiden Poland Andrzej Duda bersempena lawatan rasmi Presiden Poland ke Malaysia di Kompleks Perdana Putra pada 10 Jun 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Kita juga berbincang untuk memperluas eksport minyak sawit, produk getah dan dan kerjasama dalam bidang E&E (ekektrik dan elektronik) termasuk hidrogen bersih.

“Kita juga bincang untuk memperluas hubungan yang lebih panjang dalam bidang pertahanan seiring dengan kunjungan beliau ke (Rejimen Kedua Kor Armor Diraja di Kem Sunggala) Port Dickson, selain bidang halal,” katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mengadakan pertemuan dua hala bersama Presiden Poland Andrzej Duda bersempena lawatan rasmi Presiden Poland ke Malaysia di Kompleks Perdana Putra pada 10 Jun 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Lawatan berkenaan melambangkan hubungan erat Malaysia dan Poland yang berteraskan prinsip saling menghormati serta kerjasama, sejak terjalinnya hubungan diplomatik pada tahun 1971.

Pada 2024, Poland adalah rakan perdagangan kelapan terbesar Malaysia dalam kalangan negara anggota EU dengan jumlah dagangan dua hala meningkat 19.5 peratus kepada RM5.66 bilion berbanding 2023.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mengadakan pertemuan dua hala bersama Presiden Poland Andrzej Duda bersempena lawatan rasmi Presiden Poland ke Malaysia di Kompleks Perdana Putra pada 10 Jun 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Eksport utama Malaysia ke Poland merangkumi produk elektrik dan elektronik, produk getah serta jentera manakala import utama dari Poland terdiri daripada jentera, peralatan dan alat ganti, produk elektrik dan elektronik serta kelengkapan pengangkutan.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *