60 Pelajar Cemerlang SPM Diterbangkan Ke Jepun, Indonesia – Zuraidi

Pengerusi Anak Muda MADANI Kedah, Datuk Zuraidi Rahim berkata, seramai 20 orang akan dibawa untuk lawatan pendidikan ke Jepun, manakala 40 lagi dari sekolah lain pula akan dibawa ke Jakarta, Indonesia. Foto Arkib

KUALA NERANG, 4 Apr – Seramai 60 pelajar di daerah Padang Terap yang mendapat keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025, akan diberi ganjaran lawatan pendidikan ke Jepun dan Indonesia.

Ganjaran ditawarkan oleh badan bukan kerajaan (NGO), Anak Muda MADANI Kedah itu bertujuan menghargai pencapaian mereka.

Pengerusi Anak Muda MADANI Kedah, Datuk Zuraidi Rahim, berkata semua pelajar terbabit adalah calon dari dua sekolah angkat NGO itu serta tujuh sekolah lain di Padang Terap.

Pengerusi Anak Muda MADANI Kedah, Datuk Zuraidi Rahim berkata, lawatan pendidikan ke dua negara itu dijangka diadakan pada Mei depan sebelum pelajar berkenaan melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi (IPT).

“Pelajar cemerlang dari sekolah angkat membabitkan seramai 20 orang akan saya bawa untuk lawatan pendidikan ke Jepun, manakala 40 lagi dari sekolah lain pula akan dibawa ke Jakarta, Indonesia.

“Pada awalnya, saya bercadang membawa pelajar cemerlang dari sekolah angkat itu ke London tetapi disebabkan konflik di Asia Barat, saya telah berbincang dengan pihak Jabatan Pendidikan Kedah serta Pejabat Pendidikan Daerah untuk menukar destinasi ke Jepun,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Zuraidi berkata, lawatan pendidikan ke dua negara itu dijangka diadakan pada Mei depan sebelum pelajar berkenaan melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi (IPT).

Pengerusi Anak Muda MADANI Kedah, Datuk Zuraidi Rahim membawa dua beradik yang keciciran sekolah membeli kelengkapan sekolah di sebuah pasar raya di Kuala Nerang pada 1 April 2026.

Beliau berkata, program itu bukan semata-mata untuk keseronokan tetapi juga bakal dipenuhi pengisian berbentuk pendidikan dan ilmiah, termasuk lawatan ke IPT di kedua-dua negara berkenaan.

“Di Indonesia, pelajar akan melawat beberapa universiti yang diiktiraf kerajaan, khususnya dalam bidang perubatan, manakala di Jepun pula mereka akan dibawa melawat bandar seperti Tokyo dan Osaka untuk melihat budaya pembelajaran serta kemajuan di negara itu,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya berharap inisiatif itu akan menyuntik semangat kepada pelajar berkenaan untuk terus cemerlang dalam pendidikan demi mencapai cita-cita mereka.

Inisiatif Pengerusi NGO Anak Muda MADANI Kedah, Dato’ Zuraidi Rahim mewujudkan bot ambulans secara percuma di Tanjung Rhu, Langkawi pada 28 September 2025 jelas memberi impak besar terhadap kebajikan dan kesejahteraan rakyat antara pulau berkenaan dengan tanah besar. Foto Zuraidi Rahim

Selain itu, katanya, pelajar cemerlang dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) di daerah Padang Terap yang meraih Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 4.0 juga akan diberikan ganjaran lawatan ke Bali, Indonesia, pada masa depan.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *