4 Selamat Nahas Jet Russia Di Pergunungan Afghanistan

Pesawat itu jatuh di wilayah Badakhshan, bersempadan dengan China, Tajikistan dan Pakistan. Foto Agensi

MOSCOW, 22 JanSekurang-kurangnya empat orang terselamat dan dua lain tidak dapat dikesan selepas sebuah pesawat Russia terhempas di pergunungan Afghanistan.

Agensi Pengangkutan Udara Rosaviatsia, semalam berkata jet perniagaan Falcon 10 itu dipercayai membawa enam penumpang dalam penerbangan hospital dari India ke Uzbekistan dan Russia, sebelum terputus komunikasi pada petang Sabtu.

“Setakat ini, empat daripada enam penumpang masih hidup dan mengalami pelbagai kecederaan.

“Manakala nasib dua lagi penumpang sedang dikenalpasti,” kata Rosaviatsia, memetik kedutaan Russia di Afghanistan.

Agensi berita RIA Novosti berkata, dua penumpang adalah warga Russia salah seorang sedang sakit tenat.

Pesawat itu jatuh di wilayah Badakhshan, bersempadan dengan China, Tajikistan dan Pakistan. Foto Agensi

Pesawat dua enjin itu dibina oleh Dassault Perancis pada 1978 dan dimiliki oleh sebuah syarikat penerbangan Athletic Group dan seorang individu persendirian.

Seorang pegawai kerajaan wilayah di Afghanistan memberitahu pesawat itu jatuh di wilayah Badakhshan, bersempadan dengan China, Tajikistan dan Pakistan.

Kawasan nahas mengambil masa lapan jam perjalanan menggunakan kereta dari ibu kota Faizabad.

Penyiasat Russia mengumumkan membuka siasatan bagi mengetahui punca nahas.

Banjaran pergunungan Hindu Kush melintasi wilayah itu, adalah puncak tertinggi Afghanistan, iaitu Gunung Noshaq, pada ketinggian 7,492 meter (24,580 kaki). – AFP


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *