Muhyiddin didakwa memainkan isu 3R mengaitkan Yang di-Pertuan Agong ke-16 semasa kempen PRK DUN Nenggiri, Gua Musang, Kelantan.

KOTA BHARU, 26 Ogos – Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin yang disiasat selepas dipercayai menyentuh isu berkaitan kaum, agama dan raja (3R) menerusi ceramahnya di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri dijangka didakwa esok.

Proses pendakwaan akan dilakukan di Mahkamah Gua Musang.

Pengerusi BERSATU Kelantan, Datuk Kamaruddin Md Noor ketika dihubungi mengesahkan perkara berkenaan.

“Ya. Tan Sri akan didakwa esok di Mahkamah Gua Musang berhubung ceramahnya di PRK Nenggiri baru-baru ini,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, kertas siasatan berhubung ucapan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang didakwa menyentuh isu 3R sudah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata setakat ini polis sudah mengambil keterangan daripada 66 saksi bagi membantu siasatan.

Sebelum ini, tular di media sosial ucapan bekas Perdana Menteri itu yang dikatakan menyentuh kewibawaan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong Ke-16.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *