12 April Ini Kita Kena Ada Semangat Kerja – PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyantuni orang ramai pada Majlis Iftar MADANI (MIM) di Dataran Putra Presint 1, Putrajaya hari ini. Foto Bernama
PUTRAJAYA, 28 Mac – Datuk Seri Anwar Ibrahim membayangkan, tiada hari kelepasan am tambahan akan diberikan pada 12 April ini (Jumaat), sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
“12 April ini kita kena ada semangat kerja,” kata Perdana Menteri ketika ditanya sama ada kerajaan bercadang memberi hari kelepasan am tambahan pada 12 April ini, yang jatuh pada Jumaat.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Iftar MADANI (MIM) anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Perbadanan Putrajaya (PPj) di sini, hari ini.
Umat Islam dijangka menyambut Aidilfitri pada 10 dan 11 April ini, yang jatuh pada Rabu dan Khamis.

Pada tahun lalu, kerajaan memberi satu hari kelepasan am tambahan bagi memudahkan rakyat membuat perancangan sewajarnya untuk pulang ke kampung halaman bagi menyambut Aidilfitri.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
