11 Mayat Pelarian Terapung Di Perairan Indonesia

Mayat pelarian Rohingya yang ditemui di perairan Indonesia di Banda Aceh disembahyangkan sebelum dikebumikan. Foto AFP

JAKARTA, 26 MacSekurang-kurangnya 11 mayat dipercayai pelarian ditemukan di perairan Indonesia berhampiran wilayah Aceh sejak Sabtu menurut media tempatan dan agensi menyelamat, lapor Xinhua.

Penemuan mayat berkenaan adalah selepas sebuah bot membawa lebih 100 orang tenggelam di perairan Aceh minggu lepas. Lebih daripada 75 pelarian diselamatkan tetapi ramai lagi dilaporkan hilang.

Ketua Agensi Mencari dan Menyelamat Banda Aceh Ibnu Harris Al Hussain berkata agensi itu telah mengeluarkan enam mayat wanita pada Isnin selepas menerima maklumat daripada nelayan tempatan.

Mayat pelarian Rohingya yang ditemui di perairan Indonesia di Banda Aceh disembahyangkan sebelum dikebumikan. Foto AFP

“Kami mengeluarkan sebanyak 10 mayat antara Sabtu dan Isnin,” kata Hussain.

Satu lagi mayat juga ditemukan di barat Aceh dan kesemua mayat dikebumikan di tanah perkuburan tempatan.

Sementara itu, kesemua yang terselamat dihantar ke jabatan imigresen negara itu dan mereka kini berlindung di barat Aceh. – Bernama-Xinhua


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *