Tindakan Syed Saddiq Menipu Dalam Triathlon Cemari Imej Sukan Tempatan – Jason John

Jason menasihatkan Syed Saddiq agar lebih baik menjaga kawasannya malah mencabarnya mendedahkan data larian dari Muar ke Bangunan Parlimen sekiranya mahu berlaku jujur dengan rakyat yang menderma kepadanya.

BINTULU, 11 Jul – Tindakan yang dilakukan oleh Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam Kejohanan Triathlon Antarabangsa Desaru 113 di Desaru, Johor pada 7 Julai lalu disifatkan sebagai tidak wajar serta langsung tidak mempunyai semangat kesukanan jauh sekali kejujuran.

Pendapat itu disuarakan oleh Jason John, seorang aktivis KEADILAN Sarawak di sini sebagai membidas hantaran Syed Saddiq yang mendakwa berjaya ‘memenangi tempat ketiga’ dalam kejohanan tersebut tetapi kemenangannya ditarik balik oleh penganjur setelah mendapat pelbagai reaksi dan kritikan daripada netizen.

“Sepatutnya Syed Saddiq tahu kemampuan sendiri yang mana beliau sememangnya tidak berhak mendapat kemenangan tersebut berbanding peserta lain yang jauh lebih laju daripadanya.

Lima Jam Kantoi Menipu, Syed Saddiq Akhirnya Mohon Maaf

“Kenapa masih lagi beliau beriya-iya untuk mengatakan beliau memenangi tempat ketiga sedangkan beliau sendiri berjaya menunjukkan kepada umum analisis masa yang direkodkan oleh jam nya tidak mencapai jarak yang sepatutnya.

“Persoalannya, adakah beliau menipu untuk memenangi acara tersebut?

“Jika tindakan tersebut didapati bersalah kerana menipu seharusnya dikenakan tindakan tegas bukan sahaja didenda malah individu yang didapati menipu perlu dilarang daripada menyertai sebarang acara triathlon pada masa akan datang,” tegasnya.

Ujarnya lagi acara yang dikira berprestij itu pastinya mendapat perhatian umum dari dalam dan luar negara terutamanya peminat-peminat sukan itu dari seluruh dunia.

Hantaran seorang pengguna di X yang melondehkan penipuan Syed Saddiq hingga terpaksa memohon maaf dan memadamkan hantaran terdahulu yang menjadi bahan ketawa warganet. Foto X Jalal Misai

“Kita tidak mahu nama negara kita terkenal dek kerana seorang individu yang menginginkan perhatian dengan mudah memenangi acara tersebut tanpa perlu bekerja keras tetapi hanya dengan menipu sahaja.

“Saya menasihatkan Syed Saddiq agar tidak perlu menjadi attention seeker dalam apa jua yang ingin dilakukan sebaliknya beliau harus fokus untuk menjaga rakyat di kawasannya selain membersihkan imej sukan negara yang dicemari hasil perbuatannya sendiri,” tegasnya lagi.

Diminta mengulas berkenaan dengan ‘larian’ Syed Saddiq dari Muar ke Parlimen sejauh 200 kilometer, Jason memohon Syed Saddiq menunjukkan analisis larian beliau sepertimana yang ditunjukannya di media sosial berkenaan dengan acara triathlon Desaru 2024.

Foto ihsan YouTube Daniel Jani Channel

“Larian tersebut (Muar ke Parlimen) bukan sahaja meragukan tetapi mendapat perhatian umum dengan meminta belas kasihan daripada orang ramai kemudian orang ramai memberikan sumbangan kepada Syed Saddiq.

Jason juga menyamakan Syed Saddiq dengan ‘abang KWSP’ yang dikatakan berjalan daripada Johor ke Kuala Lumpur beberapa bulan lalu.

“Sebagai ahli parlimen pembangkang, Syed Saddiq perlu mengetahui bahawa dia berada di blok pembangkang dan dia bukan bersendirian seperti yang PMX terangkan.

“Jika benar inginkan peruntukan kepada ahli parlimen, Syed Saddiq harus memberitahu ketua pembangkang untuk berunding dengan pihak kerajaan,” nasihatnya.

Sebelum itu, PMX telah menerangkan kepada semua ahli parlimen pembangkang untuk berbincang soal peruntukan ahli parlimen dengan Timbalan Perdana Menteri ll.

PMX juga menjelaskan supaya tidak memanjangkan isu tersebut sebaliknya menyelesaikannya dengan cara baik.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *