Bomba Keluarkan Pemandu Tersepit Akibat Lori Terbalik

Anggota bomba berjaya mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kemalangan di Jalan Sibukang, Limbang pada Rabu. Foto JBPM Sarawak

LIMBANG, 11 Jul – Seorang lelaki tersepit selepas lori tanah yang dipandunya terbalik di lereng bukit di Jalan Sibukang, petang tadi.

Mangsa berusia 54 tahun itu kemudiannya berjaya dikeluarkan oleh sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang dalam kejadian yang berlaku jam 2 petang.

Ketua BBP Limbang Chong Bui Chyan berkata, sepasukan anggota bergegas ke lokasi yang sejauh tiga kilometer dari balai sebaik menerima panggilan kecemasan jam 2.22 petang.

“Setibanya di tempat kejadian, didapati sebuah lori tanah terbalik di lereng bukit dan terdapat seorang mangsa lelaki tersepit di ruangan pemandu.

“Anggota membuat kerja penyelamatan dengan teknik SAVER bersama peralatan menyelamat dan bantuan dua jengkaut milik syarikat berkaitan,” katanya dalam kenyataan media.

Kata Chong, mangsa diberi perawatan awal setelah berjaya dikeluarkan dan diserahkan kepada pihak ambulans.

Setelah memastikan keadaan benar selamat, anggota bertolak balik ke balai.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *