Mayat Dua Wanita Kembung Ditemukan Dalam Kereta

Mayat dua wanita ditemui sudah berbau dan kembung dalam kereta jenis Honda WRV di Taman Sri Rambai, hari ini.

SEBERANG PERAI, 11 Jul – Mayat dua wanita ditemukan dalam keadaan sudah berbau oleh orang awam dalam sebuah kereta jenis Honda WRV di Taman Sri Rambai, Bukit Mertajam di sini, hari ini.

Hasil pemeriksaan pihak polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Bandar Perda mendapati kedua-dua mayat ditemui di bahagian tempat duduk hadapan itu sudah kembung dan busuk.

Difahamkan, berkemungkinan kedua-dua mangsa telah meninggal dunia lebih lima hari lalu dan nombor telefon yang dipercayai milik ahli keluarga salah seorang mangsa turut ditemui di papan pemuka (dashboard) kereta terbabit.

Sementara itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Bandar Perda dalam kenyataan memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan membuka pintu kereta terkunci pada pukul 7.41 malam.

“Sebaik tiba pasukan penyelamat berjaya membuka pintu kereta yang terkunci menggunakan peralatan khas. Sebaik pintu kereta dibuka, didapati terdapat dua orang mayat perempuan dewasa berada di tempat duduk hadapan kereta berkenaan,” katanya.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *