Belanjawan 2027: Sekali Lagi Kredibiliti Ahmad Samsuri Dipersoal

IMG_8253

Kemampuan Ahmad Samsuri selaku Pengerusi Perikatan Nasional (PN) terus dipersoalkan apabila berbahas menggunakan teks ucapan perbahasan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat pada 15 Oktober 2026. Foto Parlimen Malaysia

PENDAPAT, 16 Okt – Kemampuan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) dan Ahli Parlimen Kemaman, Ahmad Samsuri Mokhtar, terus dipersoalkan sebahagian pemerhati politik apabila beliau dilihat membaca teks ketika membahaskan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat.

Pengkritik menganggap gaya ini menimbulkan persepsi beliau kurang mampu berhujah secara langsung, berbanding Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang terkenal bukan sahaja mampu berucap secara spontan dan bersemangat, malah mampu mematahkan hujah dangkal pembangkang.

Selaku seorang ketua gabungan pembangkang, Ahmad Samsuri dijangka menjadi suara utama yang cuba mencabar dasar kerajaan. Namun apabila terlalu bergantung kepada pembacaan teks perbahasan sebenamrya mengurangkan daya tarikan hujah dan menyukarkan beliau menjawab pertikaian atau gangguan secara spontan di dalam Dewan Rakyat.

Kemampuan Ahmad Samsuri selaku Pengerusi Perikatan Nasional (PN) terus dipersoalkan apabila berbahas menggunakan teks ucapan perbahasan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat pada 15 Oktober 2026. Foto Parlimen Malaysia

Kalau di Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu bolehlah nak hentam apa sahaja sebab hampir semuanya menjadi tukang angguk umpama burung kakak tua belaka tanpa melalui proses semak dan imbang dalam perbahasan.

Sayang sekali, perbahasan belanjawan ialah pentas terbaik untuk melontarkan ‘kesiap siagaan’ pembangkang sebagai ‘kerajaan alternatif’ (walaupun tiada belanjawan alternatif dibentangkan sebelum atau selepas Belanjawan 2027).

Namun sekali lagi, kredibiliti Ahmad Samsuri amat mengecewakan hatta jika dibandingkan dengan Hamzah Zainudin sekali pun yang boleh berbahas secara spontan (walaupun banyak bermain sentimen tanpa menyampaikan fakta dan hujah konkrit).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawab soalan pada Sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat pada 6 Oktober 2026. Foto Parlimen Malaysia

Ironinya, ini bukan kali pertama Ahmad Samsuri berbuat demikian kerana pada perbahasan Belanjawan 2026 pada 16 Oktober tahun lalu juga, beliau tetap bergantung kepada teks helaian A4 seolah tidak dapat menghafal data-data penting dalam kepalanya.

Jauh bezanya dengan Perdana Menteri yang lebih kerap berbahas sama ada pembentangan belanjawan setahun sekali atau semasa sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) yang ditunggu-tunggu setiap minggu.

Seolahnya, rakyat ternanti-nanti mana satu pula ahli parlimen pembangkang akan ‘terciduk’ dibidas dengan hujah Perdana Menteri atas soalan ‘pelik-pelik di luar soalan asal’ mungkin untuk tujuan ‘content’ di media sosial semata-mata, bukannya mengupas isu dengan tertib dan beradab demi kepentingan rakyat.

Kelihatan Ahmad Samsuri berbahas menggunakan teks ucapan perbahasan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat pada 16 Oktober 2025. Foto Parlimen Malaysia

Tanyalah mana-mana rakyat yang mengikuti perbahasan di media sosial, sudah pasti pemimpin yang ingin diangkat sebagai Perdana Menteri perlu menampilkan penguasaan isu dan keyakinan berhujah tanpa terlalu ‘disuap’ dengan nota tanpa nyawa.

Ahmad Samsuri juga mesti sedar perbandingan dengan Anwar tidak dapat dielakkan kerana Anwar membentuk reputasi politiknya sebagai orator ulung sarat dengan pengalaman luas sebagai pemimpin mahasiswa dan politik merentas benua.

Penonton yang menilai pada gaya penyampaian mungkin merasakan jurang itu amat ketara walaupun Ahmad Samsuri boleh saja menggunakan teks yang disediakan pegawai tanpa mempedulikan kritikan yang timbul selepas perbahasannya.

Kelihatan Ahmad Samsuri berbahas menggunakan teks ucapan perbahasan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat pada 16 Oktober 2025. Foto Parlimen Malaysia

Dari segi isi, Ahmad Samsuri menekankan beberapa perkara substantif, termasuk caj perkhidmatan hutang yang mencecah RM61 bilion dan keperluan memantau baki RM50.2 bilion pelaburan entiti berkaitan kerajaan serta kerjasama awam-swasta.

Tetapi sebagai seorang pengerusi gabungan bukan berstatus ketua pembangkang (setelah ditarik balik jawatan sebelum sidang dibuka semula), beliau patut menegaskan kaedah terbaik menyelesaikannya dan bukan hanya mengkritik tanpa mengkaji mengapa caj perkhidmatan hutang itu terpaksa dibayar tinggi.

Anwar pun bukannya lulusan ekonomi atau kewangan tetapi mampu memahami kedudukan sebenar situasi hutang negara dan beban di bahunya adalah memastikan hutang dibayar sebelum waktu matang dan paling penting, mengurangkan hutang baharu agar defisit fiskal terus rendah.

Reaksi warganet yang juga kurang yakin dengan kemampuan Ahmad Samsuri melhat kepada mutu dan gaya perbahasan Belanjawan 2027 pada 15 Oktober 2026. Foto Facebook

Cercaan penyokong pembangkang cukup mudah dilontar kononnya Anwar hanya graduan Pengajian Melayu tetapi adakah Ahmad Samsuri dengan kelulusan bidang kejuruteraan menyerlah sekurang-kurangnya di kalangan penyokong ‘syok sendiri’?

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *