Kes ‘Tangkap Basah’ Pemimpin Politik Dengan Pengasas NGO Sah

Untitled design

Kenyataan media Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang disiarkan pada 16 Oktober 2026. Foto JAIS

SHAH ALAM, 16 Okt – Kes ‘tangkap basah’ atau khalwat membabitkan seorang pemimpin sebuah parti politik bersama wanita dipercayai pengasas pertubuhan bukan kerajaan (NGO), akhirnya disahkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Difahamkan pemimpin berusia 44 tahun dan wanita itu ditahan pada jam 6 petang semalam di sebuah lokasi di Petaling Jaya, Selangor.

Kedua-dua individu terbabit kemudiannya dibawa ke Pejabat JAIS di Shah Alam untuk proses dokumentasi dan diambil keterangan.

Kedua-dua individu berkenaan kemudian dibawa ke Pejabat JAIS di Shah Alam bagi tujuan proses dokumentasi dan diambil keterangan. Foto Malay Mail

Sementara itu, Pengarah JAIS, Datuk Mohd. Shahzihan Ahmad mengesahkan bahawa satu tangkapan berkaitan kesalahan khalwat membabitkan figura awam dilakukan di sekitar daerah Petaling pada jam 6 petang, semalam.

Beliau berkata, dua individu ditahan bagi membantu siasatan berhubung kesalahan yang disyaki dilakukan di bawah Seksyen 29 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995.

“Jika disabitkan kesalahan, pesalah boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *