‘Ala Hollywood’, Tiga Murid, Seorang Guru Maut Ditembak Di Sekolah Rendah

IMG_8288

Polis Daerah Bend, Oregon mengawal lokasi tembakan yang mengorbankan empat orang termasuk seorang guru pada 15 Oktober 2026. Foto AFP

OREGON, 16 Okt – Tiga murid dan seorang guru maut dalam insiden tembakan di sebuah sekolah rendah di negeri Oregon, barat laut Amerika Syarikat (AS), menurut polis.

Suspek yang juga maut dalam kejadian itu dikenal pasti sebagai seorang remaja lelaki tempatan berusia 16 tahun.

Ketua Jabatan Polis Bend, Mike Krantz berkata, pihaknya mula menerima maklumat mengenai kejadian tembakan yang sedang berlaku selepas seorang individu menghubungi polis dan melaporkan dirinya ditembak beberapa kali oleh seorang lelaki yang membawa senapang.

Polis Daerah Bend, Oregon mengawal lokasi tembakan yang mengorbankan empat orang termasuk seorang guru pada 15 Oktober 2026. Foto AFP

Menurut Krantz, puluhan panggilan kecemasan kemudian diterima, memaklumkan seorang lelaki bersenjata memasuki sekolah berkenaan. Semua anggota penguat kuasa undang-undang di kawasan itu dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Suspek ditembak oleh seorang anggota masyarakat yang melihatnya memasuki sekolah sebelum mengejarnya ke dalam bangunan dan berdepan dengannya,” katanya kepada pemberita.

Krantz turut memaklumkan seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun dan seorang guru berusia 54 tahun dibawa ke hospital selepas mengalami kecederaan kritikal.

Polis Daerah Bend, Oregon mengawal lokasi tembakan yang mengorbankan empat orang termasuk seorang guru pada 15 Oktober 2026. Foto AFP

Gabenor Oregon, Tina Kotek, yang turut hadir pada sidang media sama, berterima kasih kepada anggota masyarakat berkenaan kerana bertindak berani untuk menghalang lebih banyak nyawa terkorban. – AGENSI

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *