Lelaki Tempatan Ditahan, 65 Tandan Sawit Dirampas

IMG_8299

Sepasukan anggota dari Balai Polis Kalabakan kira-kira jam 11 pagi pada 14 Oktober 2026. Foto Polis Tawau

TAWAU, 16 Okt – Seorang lelaki tempatan ditahan polis bagi membantu siasatan berkaitan kes curi buah kelapa sawit dalam kejadian di sebuah kawasan ladang di Kalabakan, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Rosdi bin Mat Jusoh berkata, tangkapan dilakukan sepasukan anggota dari Balai Polis Kalabakan kira-kira jam 11 pagi.

Sementara itu, polis turut merampas sebanyak 65 buah tanda kelapa sawit serta sebuah kenderaan pacuan empat roda yang disyaki digunakan dalam kejadian tersebut.

Kes ‘Tangkap Basah’ Pemimpin Politik Dengan Pengasas NGO Sah

Sebelum itu, satu laporan polis dibuat seorang lelaki yang bertugas sebagai Biro Keselamatan Ladang yang mendakwa telah melihat sebuah kenderaan pacuan empat roda sedang berhenti di kawasan ladang dengan penuh muatan kira-kira jam 5.40 pagi.

Katanya, hasil pemeriksaan mendapati seorang lelaki mendakwa telah diarahkan seseorang untuk mengambil buah sawit tersebut dengan memberi upah sebanyak RM350 pertan.

Susulan dari kejadian itu, sepasukan anggota dari Balai Polis Kalabakan telah menahan semula seorang lelaki tempatan berusia 52 tahun di hadapan Balai Polis Kalabakan.

Belanjawan 2027: Sekali Lagi Kredibiliti Ahmad Samsuri Dipersoal

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Tambahnya, tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang disyaki terbabit dalam kegiatan jenayah. Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mengambil atau memindahkan hasil ladang tanpa kebenaran pemilik serta segera menyalurkan maklumat kepada polis sekiranya mengesan sebarang aktiviti mencurigakan.

Sumber: Polis Daerah Tawau

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *