[ VIDEO ] Lori Gagal Berhenti, Dua Maut Di Putrajaya

Dua maut kemalangan babitkan 12 kenderaan di Persiaran Utara, Putrajaya hari ini. Foto ihsan bomba.

PUTRAJAYA, 20 Sep – Dua maut, tujuh yang lain cedera dalam kemalangan membabitkan 12 kenderaan di Persiaran Utara di pusat pentadbiran kerajaan di sini hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 10.20 pagi dari arah Persiaran Utara menghala ke Presint 12.

Menurutnya, kemalangan membabitkan dua lori, enam kereta dan empat motosikal.

Katanya, sebuah jentera bomba dari balai bomba Presint 7 dan Presint 14 dengan kekuatan sembilan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

Dua maut kemalangan babitkan 12 kenderaan di Persiaran Utara, Putrajaya hari ini. Foto ihsan bomba.

“Sebuah Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) turut dikejarkan ke lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Putrajaya Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz yang dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

Menurutnya, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berhampiran tempat kejadian menunjukkan kenderaan berhenti dalam barisan dan sebuah trailer dari arah belakang mengubah laluan dari lorong tengah ke lorong kiri dan terus merempuh kenderaan di hadapan.

Katanya, akibat kemalangan, dua lelaki disahkan maut di lokasi kejadian oleh paramedik Hospital Putrajaya dan Hospital Serdang manakala mangsa lain mendapatkan rawatan di Hospital Putrajaya dan Hospital Serdang.

“Siasatan dijalankan dibawah Sek 41 (1) APJ 1987 dan pemandu lori ditahan untuk siasatan lanjut dan ujian air kencing,” katanya.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *