SPRM Geledah Kediaman Pengasas FashionValet, Sita 11 Beg Tangan, Jam Mewah

SPRM berkata antara barangan yang disita termasuklah 11 beg tangan dan seutas jam tangan berjenama mewah dengan anggaran keseluruhan kira-kira RM200,000.

PUTRAJAYA, 6 Nov – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menggeledah kediaman pasangan suami isteri pengasas platform e-dagang, FashionValet, Datin Vivy Yusof dan Datuk Fadzaruddin Shah Anuar di Mont Kiara, Kuala Lumpur.

Menurut sumber, sebelum itu pasangan terbabit hadir ke Ibu Pejabat SPRM pada jam 1 tengah hari untuk menyambung memberi keterangan sebelum dibawa ke kediaman mereka pada jam 5.30 petang tadi.

“Dalam serbuan ini, selain dihadiri 12 pegawai SPRM, ia turut disertai peguam pasangan berkenaan.

“Penggeledahan berakhir sekitar jam 8 malam dan antara barangan yang disita termasuklah 11 beg tangan dan seutas jam tangan berjenama mewah dengan anggaran keseluruhan kira-kira RM200,000,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan pembongkaran terbabit dan berkata, kes disiasat di mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Katanya, pasangan terbabit akan hadir lagi ke Ibu Pejabat SPRM esok pada jam 10 pagi untuk sambung memberi keterangan.

Langkah berani Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyasarkan subsidi diesel kini membuahkan hasil apabila aktiviti penyelewengan dan penyeludupan berjaya dikekang sejak 10 Jun lalu.

Siasatan membabitkan pasangan terbabit susulan laporan kerugian pelaburan dana Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) dalam FashionValet berjumlah RM43.9 juta.

Vivy dan Fadzaruddin antara sembilan individu yang dirakam percakapan susulan pegawai penyiasat menyerbu empat lokasi termasuk sebuah kementerian, kelmarin.

Malah, pegawai penyiasat SPRM menyerbu pejabat FashionValet yang dikaitkan.

Selain FashionValet, turut diserbu secara serentak adalah Kementerian Kewangan (MoF), Khazanah dan PNB.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *