PM Anwar Terima Kunjungan Hormat Menteri Luar Australia Di Parlimen

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima Kunjungan Hormat Menteri Luar Australia, Penny Wong di Bangunan Parlimen pada Rabu. Foto Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR, 4 Dis – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima Kunjungan Hormat Menteri Luar Australia, Penny Wong di Bangunan Parlimen pada Rabu.
Dalam sesi yang berlangsung selama 30 minit itu, kedua-dua pemimpin menzahirkan komitmen untuk terus memperkukuh kerjasama sedia ada khususnya dalam bidang Pelaburan, Perdagangan, Pertahanan dan Maritim.
Turut dibincangkan kolaborasi dalam bidang Pengajian Tinggi dan Keselamatan Siber.

Menteri Luar Australia itu juga menzahirkan sokongan sempena kepengerusian ASEAN oleh Malaysia tahun hadapan.
Hadir sama dalam perjumpaan serampang mata itu, Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan.
Penny dalam rangka lawatan ke Malaysia sempena perjumpaan Tahunan bersama Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan.
Penny merupakan anak kelahiran Kota Kinabalu, Sabah namun menyertai kabinet dua Perdana Menteri Australia iaitu Scott Morrison dan terkini Anthony Albanese.
– Oleh Sazswani Samsu
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
