PGA Cekup Dua Lelaki Disyaki Simpan Rokok Seludup

Dua lelaki bersama rokok seludup yang dirampas dibawa ke Batalion 22 PGA Kunak untuk tindakan lanjut. Foto PGA Sabah
SEMPORNA, 14 Nov – lelaki ditahan selepas didapati menyimpan rokok seludup menerusi operasi Op Taring Alpha 1, di sekitar daerah ini, semalam.
Kedua-dua suspek ditahan oleh sepasukan anggota Batalion 22 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kunak, kira-kira, jam 7.50 pagi.
Menurut kenyataan Batalion 22 PGA Kunak berkata, tangkapan dan rampasan rokok tidak bercukai itu hasil risikan yang dilakukan, di sekitar daerah ini.
Katanya, anggota Batalion 22 PGA Kunak mengesan dua lelaki dalam keadaan mencurigakan ketika menjalankan operasi berkenaan.
“Pasukan operasi kemudian berjaya menahan suspek dan hasil pemeriksaan ke atas kereta dipercayai milik mereka menemukan rokok pelbagai jenama disembunyikan di bahagian bonet.
“Kita percaya suspek menggunakan kereta berkenaan sebagai stor penyimpanan rokok bagi mengaburi mata pihak berkuasa,” katanya.
Katanya, kedua-dua suspek terbabit ditahan dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam.
“Pihak Batalion 22 PGA Kunak sangat mengalu-alukan kerjasama masyarakat untuk menyampaikan maklumat sebarang kegiatan yang menyalahi undang-undang di daerah ini,” katanya.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
