Pendedahan Awal Perangi Rasuah Bermula Dengan Pendidikan Kepada Pelajar

Semua lapisan masyarakat perlu berganding bahu dan memainkan peranan masing-masing termasuk ibu bapa, guru, pendidik dan pemimpin masyarakat.

PENDAPAT, 13 Mar – Pendidikan dan pendedahan awal kepada pelajar mengenai bahaya rasuah dan pentingnya nilai integriti dalam kehidupan mampu melahirkan generasi muda kelas pertama yang bebas rasuah.

Apakala kerajaan amat serius membasmi rasuah segenap peringkat, pendidikan terhadap mereka sesuatu yang amat penting keranan rasuah merupakan jenayah global yang sudah lama wujud dan mampu meruntuhkan imej dan kewujudan sesebuah negara.

Bagi membendung, membanteras dan mencegah rasuah, semua lapisan masyarakat perlu berganding bahu dan memainkan peranan masing-masing termasuk ibu bapa, guru, pendidik dan pemimpin masyarakat.

“Rakyat dari pelbagai latar belakang dan peringkat usia mampu dan boleh membantu kerajaan dalam memerangi rasuah.

“Golongan muda dilihat lebih terdedah kepada budaya rasuah berikutan pelbagai faktor seperti peningkatan kos sara hidup,” kata seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut Sheikh Hamadi, justeru, kesedaran awal perlu dipupuk bagi memastikan budaya negatif itu dapat dibanteras.

Bekas Perdana Menteri ke-9 Ismail Sabri Yaakob ketika hadir untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM pada 13 Mac 2025. Foto Bernama

“SPRM amat menitikberatkan mendidik pelajar anti rasuah dan nilai integriti, melalui usaha ini diharap ia dapat melahirkan generasi muda kelas pertama yang bebas rasuah dalam semua aspek dan negara akan menuju ke arah tanpa rasuah.

Usaha mencegah dan memerangi rasuah juga perlu diperluaskan kepada platform atau media lain yang mana orang ramai boleh memainkan peranan menyalurkan sebarang maklumat mengenai jenayah rasuah.

Di samping itu, kerajaan mempunyai tanggungjawab untuk menyediakan dasar perlindungan pemberi maklumat yang berkesan untuk melindungi pemberi maklumat (whistleblower).

Langkah ini ia juga akan menyumbang ke arah institusi yang berkesan, bertanggungjawab, telus, berintegriti dan adil.

Program kesedaran dan persediaan pelajar bagi mencegah rasuah sudah pasti menjadi agenda Kerajaan Madani diterajui Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak meluncurkan Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) 2024-2028.

Ia jelas memberi fokus terhadap keberkesanan usaha pencegahan rasuah, selain meningkatkan tatakelola dan integriti dalam pentadbiran perkhidmatan awam serta syarikat berkaitan kerajaan.

NACS 2024-2028, menggantikan Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023, ialah komponen penting agenda reformasi Malaysia yang menggariskan strategi-strategi teras secara menyeluruh dalam usaha pencegahan rasuah di Malaysia.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *