‘Lepas Ni Boleh Bawa Azizah Naik EV’ – PM Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memandu kenderaan elektrik (EV) berjenama TOGG yang turut dinaiki bersama Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdoğan menuju ke Seri Perdana selepas menerima kenderaan tersebut sebagai hadiah tanda persahabatan kedua-dua negara sempena lawatan Presiden Erdoğan di Putrajaya. Foto Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR, 12 Feb – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhasrat untuk membawa isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menaiki kenderaan elektrik keluaran Turkiye jenama TOGG, T10X.
Menerusi satu rakaman video, Anwar turut tidak menyangka, Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan yakin beliau memandu kenderaan tersebut yang merupakan pemanduan sebelah kiri.
Ia sekali gus mengundang pertanyaan lanjut daripada Erdogan sebelum Anwar menjelaskan beliau jarang memandu.

“Saya jarang memandu… kita sekarang memandu di sebelah kiri,” katanya dalam sesi pandu uji kenderaan utiliti sukan (SUV) itu dari bangunan Perdana Putra di sini ke Kompleks Sri Perdana bersama Erdogan pada Selasa.
Dalam perjalanan itu, Anwar turut mengakui kualiti penebat bunyi kenderaan berkenaan.
Penebat berkenaan berupaya menyerap bunyi yang dihasilkan di luar kereta sekali gus memastikan pemanduan lebih tenang dan lancar.
“Ya. Ia sangat senyap,” katanya lagi.
Kenderaan itu merupakan hadiah Erdogan kepada Anwar sebagai simbol persahabatan akrab yang terjalin antara mereka.

Ia diserahkan kepada Anwar sempena lawatan rasmi dua hari pemimpin terbabit ke Kuala Lumpur bermula Isnin lalu.
Anwar akan menggunakan kenderaan itu selagi mana memikul tanggungjawab sebagai pemimpin Malaysia dan akan dipulangkan kepada negara apabila tugasnya selesai.
TOGG merupakan kenderaan elektrik nasional pertama Turkiye.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
