Isu Takfiri: Iswardy Cabar Ustaz Pas Berdebat Secara Langsung

Tangkap layar di Facebook Iswardy Morni yang mencabar seorang ustaz Pas berdebat secara langsung berkenaan isu takfiri yang juga menjemput Wan Ji Wan Hussin untuk turut sama dalam perdebatan tersebut. Foto Facebook Iswardy Morni.
KUALA LUMPUR, 14 Jun – Penganalisis politik Iswardy Morni mencabar seorang ustaz Pas berdebat secara langsung berhubung isu takfiri yang mencetuskan perdebatan hangat satu ketika dulu menjelang PRU-15.
Namun kali ini apabila ia ditimbulkan semula menyebabkan seolah-olah ia masih ‘belum selesai’.
Dalam kenyataannya, beliau yang juga Setiausaha Kerja Penerangan KEADILAN turut menjemput penceramah bebas Wan Ji Wan Hussin dalam siaran langsung berkenaan.

“Dia kata boleh jumpa dia untuk syarah lagi.
“Baik, dengan ini, saya menjemput beliau untuk live bersama saya, Iswardy Morni dan ust wanji. Kita bahas isu takfiri ini.
“Mohon share, tag dia, desak dia sampai jadi.
“Antara bab saya nak ulas jugak nanti yang ini.
“Maksudnya: “Tidaklah seseorang melempar tuduhan kepada orang lain dengan kefasiqan dan tidak pula menuduh dengan kekufuran melainkan (tuduhan itu) akan KEMBALI KEPADANYA, jika saudaranya tidak seperti itu.” [Riwayat al-Bukhari (6045)]”, ujarnya.
Beliau juga memohon semasa siaran itu nanti topik “kembali kepadanya” yang dipercayai diputar belit sesetengah pemimpin parti itu turut disentuh.
“Mohon nanti kita bicara apa maksud “KEMBALI KEPADANYA”? Adakah dia KAFIR kalau tidak kafir kami yang mengundi PH / BN Ini.
“Jom kita kasi jadi!!!,” cabarnya.
Terdahulu, semasa kempen PRU15 lalu, ustaz berkenaan memohon maaf atas ketelanjurannya mengeluarkan kenyataan berkenaan namun ia menjadi tular di media sosial hingga mencetuskan ketenteraman awam.
