Dua Dicekup Disyaki Terbabit Kes Curi Kenderaan

Kedua-dua suspek berusia lingkungan 34 dan 39 tahun ditahan Pasukan Khas Membanteras Curi Kenderaan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan.
KUCHING, 1 Jan – Dua lelaki warga tempatan diberkas polis kerana disyaki terlibat kegiatan mencuri kenderaan pada malam Isnin.
Ketua Polis Daerah Padawan Superintenden Mohd Irwan Hafiz berkata kedua-dua suspek berusia lingkungan 34 dan 39 tahun.
Tambahnya, tangkapan dibuat oleh Pasukan Khas Membanteras Curi Kenderaan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan.
“Dua lelaki terbabit ditahan dan dua kereta dipercayai kenderaan curi turut dirampas untuk siasatan lanjut,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.
Tambahnya, kes disiasat dibawah Seksyen 379 A Kanun Keseksaan.
“Dua kereta yang dirampas daripada suspek ialah jenis Proton Waja dengan Perodua Kancil,” katanya.
Kedua-dua suspek kini ditahan reman untuk siasatan lanjut.
Orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut berhubung kejadian, dimohon untuk tampil membantu siasatan.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
