Banjir: Jumlah Mangsa Di Sarawak Semakin Menurun

Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Sri Budaya Niup, Kota Samarahan secara rasmi ditutup pada jam 10 pagi pada Isnin setelah keadaan banjir pulih sepenuhnya. Foto UKAS

KUCHING, 5 Feb – Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di negeri ini semakin berkurangan dengan seramai 5,281 orang direkodkan setakat jam 4 petang tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, jumlah itu membabitkan sebanyak 1,543 keluarga di tujuh bahagian terjejas akibat banjir di Sarawak dengan 29 PPS banjir masih beroperasi.

Tujuh bahagian terjejas banjir adalah Samarahan, Serian, Sarikei, Sibu, Mukah, Bintulu dan Miri manakala tiga lagi bahagian iaitu Kuching, Betong dan Kapit masing-masing pulih daripada banjir.

Bahagian Bintulu masih merekodkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu seramai 1,889 orang yang ditempatkan di enam PPS yang masih dibuka.

Manakala bahagian Miri merekodkan jumlah mangsa banjir kedua tertinggi iaitu seramai 1,291 orang yang ditempatkan di lapan PPS.

Di bahagian Sibu, terdapat seramai 848 mangsa banjir masih ditempatkan di lima PPS dan seramai 507 mangsa ditempatkan di satu PPS di Serian.

Bahagian Mukah pula merekodkan seramai 452 mangsa banjir yang masih ditempatkan di lima PPS sementara di Samarahan, terdapat tiga PPS masih dibuka menempatkan seramai 294 mangsa.

Manakala satu lagi PPS iaitu di Dewan Masyarakat Pakan di Sarikei baru dibuka pada jam 4 petang semalam namun tiada mangsa banjir direkodkan.

Dalam pada itu, tiga PPS telah ditutup iaitu PPS Dewan SK Abang Kadir Gedong di Serian, PPS Dewan SMK Assyikirin Sungai Plan di Bintulu dan PPS Balai Raya Kampung Pujot Adong di Miri.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *