Bangunkan Sekali Institusi Pengajian Agama Di Pulau Pinang

Telah banyak sekali kejayaan telah dicapai sepanjang Kolej KITAB diterajui oleh Dato’ Dr Mohamed Abd Hamid semasa menjadi Rektor sebelum dilantik sebagai TKM 1 Pulau Pinang.

PENDAPAT, 11 Feb – Maktab Mahmood kini melangkah ke mercu dengan jayanya sekali gus membanggakan anak jati warga Kedah Darul Aman.

Bukan itu sahaja, sejarah panjangnya bermula daripada sebuah pengajian pondok biasa dan lama kelamaan kemudiannya telah dinaik taraf sebagai institusi pendidikan menengah sebelum dilaksanakan secara berperingkat.

Kini impak yang kita dapat saksikan hasil gigih mereka selama ini yakni pihak lembaga pengelola institusi tersebut telah berjaya membangunkan sebuah institusi malahan berhasil menumbuhkan beberapa rangkaiannya di seluruh negeri.

Lakaran pelan bangunan City Kampus di Bandar Cassia, Batu Kawan, Pulau Pinang.

Lain pula ceritanya dengan institusi pengajian tinggi di bawah kelolaan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) iaitu Kolej Islam Antrabangsa (KITAB) yang telah beroperasi sehingga beberapa dekad sehingga kini kekal sebagai institusi pengajian transit kerana dipercayai kurang berupaya untuk berdiri dengan sendiri apatah lagi untuk menarik lebih ramai anak negeri mengikuti pengajian di sini.

Malah lebih mengecewakan kebanyakannya anak kelahiran asal Pulau Pinang lebih memilih institusi luar dari negeri antaranya seperti institusi pengajian tinggi di Kedah, Perak dan Perlis bahkan institusi yang disebutkan ini telah lama bertukar status daripada sebuah kolej universiti islam seterusnya dinaikkan taraf menjadi universiti islam penuh.

Mengakhiri ulasan video yang dipaparkan di bawah ini, satu-satunya ikhtiar yang boleh dilaksanakan oleh MAINPP, wajar meminta campur tangan daripada YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim selaku Perdana Menteri kerana apalah salahnya meminta bantuan beliau yang benar-benar berhasrat untuk membangunkan dana pendidikan Palestin.

Pembangunan Smart City Campus di Bandar Cassia, Batu Kawan mampu menjadi pilihan utama para pelajar jurusan agama dan sains untuk menimba ilmu di sini apabila ia siap kelak.

Tak salah dalam usaha membantu mereka, institusi pengajian tinggi berasaskan wakaf yakni Smart City Campus di Bandar Cassia, Batu Kawan turut dibangunkan agar dapat dipercepatkan ini memandangkan lokasinya yang strategik, diyakini bakal menjadi mercu tanda kebanggaan umat islam di Pulau Pinang.

Ia sekali gus secara tidak langsung menjadi hab pengajian tinggi islam di wilayah utara bahkan lebih membanggakan buat diri Perdana Menteri sendiri yang merupakan anak kelahiran asal negeri Pulau Pinang.

Justeru, ia bukanlah sesuatu yang mustahil lagi impian warga negeri ini untuk sama-sama dapat menyaksikan projek City Campus yang dirancang sekian lama mampu direalisasikan lebih awal daripada yang disasarkan iaitu sebelum menjelang tahun 2030.

– Pemerhati bebas politik


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *