Tiga Termasuk Dua Anggota Polis Cedera Di Maran

Nahas berlaku ketika dua anggota polis terbabit dalam perjalanan dari Ibu Pejabat Polis (IPD) Maran ke Felda Jengka 19 untuk menyiasat satu kes kemalangan. Foto PDRM Maran

MARAN, 23 Nov – Tiga individu termasuk dua anggota polis cedera selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah pacuan empat roda di 74.5 Jalan Kuantan-Kuala Lumpur, dekat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Maran Dua, dekat sini, kira-kira jam 3.25 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Maran, Superintendan Wong Kim Wai berkata, nahas berlaku ketika dua anggota polis terbabit dalam perjalanan dari Ibu Pejabat Polis (IPD) Maran ke Felda Jengka 19 untuk menyiasat satu kes kemalangan.

Katanya, ketika tiba di lokasi kejadian sebuah pacuan empat roda dipercayai hilang kawalan dan terbabas ke lorong bertentangan serta bertembung dengan kereta dinaiki dua anggota polis terbabit.

“Akibat nahas itu pemandu kereta polis terbabit, Koperal Mohd Razif Hamzah, 38, parah dan Penolong Pengawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD, Maran, Sarjan Mohd Azzuhair Hafifi Azman, 29, cedera,” katanya.

Menurutnya, pemandu pacuan empat roda terbabit turut cedera dan semua mangsa sedang dirawat di Hospital Sultan Ahmad Shah, Temerloh.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara cuai dan menyebabkan kemalangan.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *