TERKINI – Pasukan Jelajah Rafizi Disambut Meriah Di Sarawak

BINTULU, 6 Mei – Walaupun Hari Raya Aidilfitri baru memasuki hari kelima, jelajah kempen ‘Yakini Rakyat’ bersama calon Timbalan Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli tetap diteruskan menjelang hari pengundian fizikal yang bermula 13 Mei ini.
Selama dua minggu jelajah kempen padat di Semenanjung, minggu akhir kempen pemilihan parti dimulakan di Borneo dengan Bintulu menjadi destinasi seterusnya di negeri Sarawak.
Ketibaan Rafizi dan rombongan beliau seramai 22 orang disambut meriah sebilangan anggota parti sekitar Bintulu dan dari Betong sebaik tiba di lapangan terbang di sini kira-kira jam 7.30 malam tadi.
Yang turut mengikuti rombongan berkenaan ialah calon-calon Naib Presiden iaitu Nik Nazmi Nik Ahmad, Chang Lih Kang dan Manivanan Gowin.

Manakala calon Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Chua Wei Kiat tiba bersama Lih Kang kira-kira 20 minit dengan pesawat lain selepas ketibaan rombongan diketuai Rafizi.
Turut berada dalam rombongan itu ialah Ahli Parlimen Tangga Batu yang juga calon Ketua Cabang KEADILAN Tangga Batu, Rusnah Aluai dan calon Naib Ketua Wanita KEADILAN, Wasanthee Sinnasamy.
Terdahulu, rombongan jelajah kempen menaiki pesawat dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA2) kira-kira 4.55 petang dengan semangat tinggi memperkenalkan calon-calon dalam pasukan Rafizi yang akan bertemu pemimpin dan anggota KEADILAN di negeri ini.
Sementara debat antara Rafizi dan pencabar beliau yang semakin hilang taring, Saifuddin Nasution akan diadakan pada 11 Mei kira-kita jam 3 petang di Shah Alam, Selangor sebelum jelajah kempen ‘Grand Finale’ akan diadakan di Kuantan, Pahang pada jam 8 malam hari yang sama.

Terbaik teams sdr Rafizi mesti di angkat menjadi calon timb president