Tebatan Banjir: Penjimatan RM1.7 Bilion Bukti PM Anwar Cekap Tadbir Kewangan Negara

Zinda Khalil merakamkan ucapan tahniah kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mengurus perbelanjaan negara dengan lebih cekap hingga mampu menjimatkan wang sebanyak RM1.7 bilion bagi RTB Sungai Golok.
KOTA BHARU, 25 Feb – Pendedahan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai jumlah penjimatan yang berjaya dilakukan kerajaan bagi Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Golok membuktikan tadbir urus cekap beliau selaku Menteri Kewangan menyelamatkan wang rakyat.
Mengulas pendedahan itu, beberapa pemerhati politik menyifatkan ia satu lagi bagaimana Perdana Menteri mengurus kewangan negara dengan lebih berhemat dan terus kepada sasaran sebenar.
“Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Datuk Seri Anwar kerana projek yang amat diperlukan rakyat Kelantan ini khususnya di Rantau Panjang ternyata membantu kerajaan mengurus perbelanjaan negara secara berhemat dan cekap di samping menyelamatkan nyawa dan harta benda rakyat.

“Ia sudah pasti memberi tamparan hebat secara tidak langsung kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang cuba menyembunyikan fakta sebenar mengapa mereka tidak melakukan semakan terpeinci sebelum melaksankan projek yang akhirnya merugikan negara,” kata Zinda Khalil Sastro Hassan.
Beliau diminta mengulas kenyataan Anwar yang memberi jaminan proses pengambilan tanah bagi pembangunan Projek Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok di Kelantan akan diselesaikan dalam tempoh enam bulan.
Semasa sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) pada Selasa, Anwar berkata ia bagi membolehkan pelaksanaan projek berkenaan dipercepatkan dalam usaha menangani masalah banjir di negeri itu.
Beliau antara lain memaklumkan fasa I, II dan II bagi projek tebatan banjir di Rantau Panjang, termasuk yang disenggara Majlis Keselamatan Negara (MKN) turut disekalikan bagi tujuan sama.
Projek disenggara MKN itu membabitkan rundingan Sungai Golok-Rantau Panjang di Kelantan serta kerja mengorek dan membersihkan muara Sungai Golok dilaksanakan bersama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Thailand.
“(Proses) menyegerakan (pelaksanaan projek berkenaan) bermakna (terdapat kos) RM2 bilion tambahan, tetapi pada masa sama apabila kita menyegerakan penjimatan kos ketiga-tiga fasa PLSB Sungai Golok ini kita jimat RM1.7 bilion.
“Sebab ini saya katakan soal tatakelola dan ketelusan projek harus dijaga,” katanya bagi menjawab soalan asal Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (MUDA-Muar).
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
