Situasi Banjir Di Kedah Mula Pulih, Jumlah Mangsa 7,674

Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan seluruh Kedah menurun kepada 7,674 berbanding 8,017 yang dicatat jam 8 pagi tadi. Foto Bernama

ALOR SETAR, 23 Sep – Situasi banjir di Kedah mula menunjukkan pemulihan apabila paras air mulai surut dan jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di 37 pusat pemindahan sementara (PPS) di lima daerah di negeri ini, berkurangan.

Setakat jam 12 tengah hari, jumlah mangsa banjir di negeri ini berkurangan kepada 7,674 mangsa daripada 2,478 keluarga berbanding 8,017 daripada 2,594 keluarga jam 8 pagi tadi.

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kedah, Datuk Zulkhairi Zainol Abidin mengesahkan mangsa banjir di PPS sudah berkurangan dan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Berdasarkan laman web Info Bencana Jabatan Kebaikan Masyarakat (JKM), PPS di lima daerah yang masih aktif adalah di Kota Setar, Pendang, Pokok Sena, Kubang Pasu dan Bandar Baharu.

Bilangan mangsa banjir di Kota Setar berkurangan kepada 5,235 mangsa daripada 1,727 keluarga di 19 PPS berbanding 5,390 mangsa daripada 1,786 keluarga pagi tadi. masih kekal seramai 1,604 mangsa daripada 488 keluarga seperti yang dilaporkan pagi tadi.

Daerah Kubang Pasu juga berkurangan kepada 621 mangsa daripada 196 keluarga berbanding 671 mangsa daripada 217 keluarga sebelum itu.

Mangsa banjir di Pokok Sena turut berkurangan kepada 95 mangsa daripada 41 keluarga berbanding 233 mangsa daripada 77 keluarga.

Selain itu, mangsa banjir di daerah Bandar Baharu masih kekal iaitu 119 mangsa daripada 26 keluarga

Sementara itu, laman web Public Infobanjir, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melaporkan, tiga sungai di daerah Kota Setar mancatatkan bacaan melepasi paras amaran dengan trend menaik setakat jam 11 pagi tadi.

Sungai terbabit ialah Sungai Anak Bukit di Jambatan TAR dan Sungai Anak Bukit di Taman Aman serta Sungai Kedah di Jambatan Lebuhraya, di sini manakala Sungai Bata di Kampung Bata di daerah Kubang Pasu melepasi paras waspada.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *