‘Riben Putih’ Simbol Kegagalan Pembangkang Fahami Perlembagaan Persekutuan

Amat pelik mengapa ahli parlimen pembangkang tidak bertanya sendiri kepada Muhyiddin Yassin semasa menjadi PM dulu mengapa menolak usul memasukkan frasa ahli parlimen beralih sokongan menjadikan kerusinya kosong di Dewan Rakyat.

MINDA PENGARANG, 16 Jul – Memasuki hari kedua sidang Parlimen minggu ini, pembangkang terus gagal memahami Perlembagaan Persekutuan berkaitan undang-undang anti lompat parti.

Dengan ‘lilitan kain putih’ disarungkan di lengan kiri masing-masing, ternyata kemampuan mereka memahami kelompongan yang dicipta sendiri amat memalukan pengundi yang mereka wakili.

Lihat sahaja perangai mereka kononnya reformasi telah ‘mati’ tetapi tindakan tidak profesional seperti Awang Hashim (PN-Pendang) menuduh RSN Rayer (PH-Jelutong) sebagai ‘anti-Islam’ semalam hanya memburukkan lagi keadaan.

Tindakan Awang Hashim menolak arahan Speaker Dewan Rakyat menyebabkan dia dihalang dari menghadiri sidang selama tiga hari serta membuktikan agenda ‘lilitan riben putih’ tidak lain hanya agenda politik sempit pembangkang semata-mata.

Hasilnya Awang dihalang daripada menghadiri sidang selama tiga hari namun agak pelik kerana kali ini pembangkang tidak pula ‘keluar dewan’ seperti mana yang dilakukan apabila membantah keputusan Tan Sri Johari Abdul minggu lalu.

Kembali kepada isu ‘riben putih’, sebenarnya mereka keliru atau ‘dikaburkan’ kerana undang-undang ini bertujuan menguatkuasakan disiplin parti dan kestabilan politik yang penting untuk sistem demokrasi yang berfungsi dengan baik.

Perlembagaan memberi ruang untuk pengecualian dalam kes tertentu, tetapi tindakan melarang peralihan parti adalah langkah yang wajar untuk mencegah penyalahgunaan kuasa dan memelihara kestabilan politik negara.

Apabila Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan bahawa kerajaan bersedia berbincang bagi meminda akta lompat parti untuk memperbaiki kelompangan yang terdapat dalam undang-undang berkenaan, mengapa pembangkang masih memainkan isu ini?

Jelas Perdana Menteri lagi, Pakatan Harapan (PH) pada 2022 pernah mengusulkan supaya pindaan dibuat kepada akta terbabit, namun ditolak oleh kerajaan ketika itu.

“Dulu kita cadang supaya mana-mana yang ditolak (dibuang) oleh parti, ditolak (mengosongkan kerusi) tapi tidak disetujui oleh kerajaan masa itu.

“Sebab dia masa tu orang UMNO masuk parti dia, jadi bagi saya kalau nak pinda boleh, kita bincang supaya siapa sahaja (tidak terkecuali). Dahulu dia (pembangkang) menentang, ramai tak tahu,” katanya.

Jadi dengan jaminan yang diberikan Perdana Menteri sendiri bahawa keazaman politik kerajaan meminda akta berkenaan dan dijelaskan lagi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), apa alasan pembangkang lagi?

Hentikan berkokok mendedahkan kesilapan yang dilakukan sendiri sebaliknya mesti bersama-sama Kerajaan MADANI memperbaiki kelompongan yang ada bagi memastikan isu seumpama ini tidak berlaku di masa depan.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *