PVPNM Sumbang Bantuan Kepada Balu Veteran Diduga Penyakit Saraf, Kencing Manis

Haji Hamid Ibrahim selaku Pengerusi PVPNM Kedah mewakili Presiden PVPNM Dato’ Halim Khomiza menyerahkan sumbangan kepada balu PW11 Azizan iaitu puan Salmah di Taman Ria Mesra, Sungai Petani pada 29 Mac 2025.

SUNGAI PETANI, 30 Mar – Wakil Pertubuhan Veteran Perwira Negara Malaysia (PVPNM) mengadakan ziarah kasih ke atas Puan Salmah, balu PW11 Azizan di Taman Ria Mesra di sini pada Sabtu.

Menurut hantaran di Facebook Presiden PVPNM Dato’ Halim Khomiza, beliau mewakilkan Haji Hamid Ibrahim selaku Pengerusi PVPNM Kedah bagi menyampaikan sumbangan kepada Salmah yang diduga menghidapi penyakit saraf dan kencing manis.

Haji Hamid Ibrahim selaku Pengerusi PVPNM Kedah mewakili Presiden PVPNM Dato’ Halim Khomiza menziarahi balu PW11 Azizan iaitu puan Salmah di Taman Ria Mesra, Sungai Petani pada 29 Mac 2025.

“Hari ini saya dan team Pertubuhan Veteran Perwira Negara Malaysia (PVPNM) telah mengadakan ziarah kasih ke atas Puan Salmah balu PW11 Azizan.

“Puan Salmah menghadapi masalah saraf dan juga kencing manis.

“Hadir bersama adalah Tuan Haji Hamid bin Ibrahim selaku Pengerusi Pertubuhan Veteran Perwira Negara Malaysia bahagian Kedah.

Haji Hamid Ibrahim selaku Pengerusi PVPNM Kedah mewakili Presiden PVPNM Dato’ Halim Khomiza menyerahkan sumbangan kepada balu PW11 Azizan iaitu puan Salmah di Taman Ria Mesra, Sungai Petani pada 29 Mac 2025.

Halim yang juga calon Ketua Cabang KEADILAN Pendang memberitahu sumbangan tersebut disampaikan menerusi tabung kebajikan PVPNM dan beliau berharap dengan sumbangan ini dapat meringankan beban menjalani kehidupan seharian menjelang Hari Raya Aidilfitri.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *