PMQT: Titah Adendum, PM Anwar Tempelak Takiyuddin Hipokrit, Mahu Jadi Jaguh

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menempelak keras Takiyuddin ketika menjawab soalan lisan pada sesi Pertanyaan-Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat pada Selasa.
KUALA LUMPUR, 10 Dis – Datuk Seri Anwar Ibrahim menempelak keras Ahli Parlimen Kota Bharu dari Perikatan Nasional (PN) Takiyuddin Hassan yang disifatkan seperti mahu menjadi jaguh serta cuba meraih sokongan politik murahan apabila berterusan mempersoalkan dakwaan mengenai Titah Adendum.
Perdana Menteri juga menegaskan, kedudukannya sebagai Perdana Menteri tidak membolehkan beliau mengulas perkara itu, selagi ia tidak diperkenankan Yang di-Pertuan Agong mahupun diputuskan sebaliknya oleh mahkamah.
“Peguam ini (Takiyuddin) faham ke undang-undang? Tak boleh (ulas), kalau saya pilih untuk menjawab (mengenai Titah Addendum), saya tak boleh jawab (jawab) untuk menghormati mahkamah.

“Tak faham ke itu… nak cari ‘cheap political stunt and the hipocracy is suddenly’ (aksi politik murahan dan sikap berpura-pura tiba-tiba) dia (Takiyuddin) nak jadi champion (juara dalam isu) Najib.
“Apa sudah percaya dia champion (juara)? Dulu ucapan dia berapi-api mengecam Najib habis-habisan, dari rambut sampai kaki. Sekarang nak jadi hipokrit,” katanya menjawab soalan tambahan Takiyuddin ketika Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.
Dalam pada itu, Perdana Menteri menegaskan beliau yang membawa kes pengampunan Najib untuk dimasukkan ke dalam agenda ketika mesyuarat Lembaga Pengampunan pada 8 Disember 2023.

Bagaimanapun beliau menegaskan isu mengenai Titah Adendum itu tidak boleh dijawab kerana kes itu membabitkan Yang di-Pertuan Agong dan Lembaga Pengampunan.
“Sejak bila kita boleh bahas? Sehingga (kes) dibawa ke mahkamah, itu (isu) lain dan mahkamah akan putuskan. (Namun) sejak bila Perdana Menteri boleh ulas Lembaga Pengampunan dipengerusikan Yang di-Pertuan Agong?
“Nak jadi champion separuh jalan boleh, tetapi tengok hukum, mana boleh. Tolong jawab, boleh atau tidak Perdana Menteri ulas keputusan Yang di-Pertuan Agong dalam Lembaga Pengampunan? Jawapannya tidak boleh,” katanya.

Pada 3 Julai lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Najib, 71, untuk memulakan prosiding semakan kehakiman ke atas lapan responden bagi mencabar kewujudan Titah Adendum itu, selepas berpendapat empat afidavit bagi menyokong permohonan Najib.
Ia termasuk oleh Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Naib Presidennya Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail adalah bersifat dengar cakap atau khabar angin (hearsay).
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
