PM Anwar Ucap Selamat Ulang Tahun Kepada Presiden Ramos-Horta

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan Presiden Timor-Leste, Dr Jose Ramos-Horta di Putrajaya pada 12 Disember 2022. Foto Bernama

KUALA LUMPUR, 27 Dis – Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat ulang tahun kepada Presiden Timor-Leste Dr Jose Ramos-Horta.

Menerusi perkongsian terbaharu yang dimuat naik di media sosialnya, Perdana Menteri memuji Ramos-Horta sebagai seorang sahabat baik dan individu sejati dalam memperjuangkan kebebasan serta keadilan.

“Ucapan selamat sejahtera yang ikhlas saya tujukan kepada anda dan rakyat Timor-Leste untuk tahun yang penuh kegembiraan. Semoga persahabatan antara negara dan rakyat kita terus berkembang,” ujar Anwar.

Presiden Ramos-Horta ketika mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diraikan pada 10 Ogos lalu. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Hantaran menerusi sebuah video klip pendek itu, Anwar berkata bahawa hari istimewa Ramos-Horta kebetulan jatuh pada masa yang sama dengan perayaan besar Krismas dan Tahun Baharu.

“Anda telah menjadi seorang pejuang yang baik dan tidak mengenal penat lelah dalam memperjuangkan kebebasan dan keadilan. Saya mendoakan yang terbaik untuk anda dan negara Timor-Leste. Terima kasih sekali lagi, semoga anda diberkati dan selamat Tahun Baharu,” kata beliau.

Pada 4 September lalu, Ramos-Horta berkata bahawa keanggotaan ASEAN akan menjadi kenyataan apabila Malaysia menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak ASEAN tahun depan.

Ini katanya, Malaysia terus menjadi penyokong kuat usaha negara yang kaya dengan sumber asli itu untuk menyertai kelompok serantau yang mempunyai suara dan kuasa dalam komuniti antarabangsa.

Malaysia telah menyokong kemajuan Timor-Leste sejak kemerdekaannya pada 2002 dengan membantu dalam aspek keselamatan, sumber manusia, dan pembinaan kapasiti institusi.

Pada 2021, Malaysia merupakan rakan dagangan kelapan terbesar Timor-Leste dan destinasi eksport ke-13 serta sumber import ketujuh.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan Presiden Timor-Leste, Dr Jose Ramos-Horta di Putrajaya pada 12 Disember 2022.

Jumlah perdagangan dua hala antara Malaysia dan Timor-Leste mencatatkan AS$84.6 juta (AS$1=RM4.4) bagi tempoh Januari hingga Oktober 2022.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *