PM Anwar Komited Kerajaan MADANI Pastikan Tiada Rakyat Terpinggir

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata keutamaan penting itu ialah memastikan kesejahteraan rakyat sebagai tunjang dalam setiap inisiatif yang dirangka dan dilaksanakan bagi memastikan tiada yang terpinggir. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 26 Dis – Datuk Seri Anwar Ibrahim komited Kerajaan MADANI akan terus bekerja untuk membina masa depan Malaysia yang lebih terangkum dan gemilang dalam sebuah klip video berdurasi lebih enam minit pada Khamis.

Perdana Menteri berkata ketika ini, kerajaan telah merangka usaha yang jitu untuk memastikan tidak ada rakyat dipinggirkan sama ada orang miskin, anak muda, wanita, warga emas, petani, nelayan, pelajar, warga kota dan desa.

Beliau berkata, keutamaan penting itu ialah memastikan kesejahteraan rakyat sebagai tunjang dalam setiap inisiatif yang dirangka dan dilaksanakan bagi memastikan tiada yang terpinggir.

Kadar dividen ASB tertinggi sejak lima tahun lalu antara pemulihan berterusan ekonomi negara di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Alhamdulillah, kerajaan merangka usaha yang jitu untuk memastikan tidak ada rakyat yang dipinggirkan, sama ada orang miskin, anak muda, wanita, warga emas, petani, nelayan, pelajar, kota dan desa.

“Setiap langkah diambil dengan matlamat membina kehidupan rakyat yang lebih bermakna dan bermaruah,” katanya melalui kenyataan di laman sosial.

Kerajaan MADANI genap dua tahun pentadbirannya pada 24 November lalu setelah dibentuk pasca Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 yang diadakan lima hari sebelum itu.

Pencapaian Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan prestasi kerajaan MADANI melalui kaji selidik yang dilaksanakan awal bulan ini mendapati pengundi secara umumnya berpuas hati dengan prestasi beliau dalam dua tahun pertama. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Sementara itu, melalui video yang dipaparkan, Perdana Menteri turut menekankan kepentingan mewujudkan ekosistem yang mantap dan lestari serta urus tadbir yang cekap bagi menguruskan kekayaan sumber alam secara adil dan saksama, seperti termaktub dalam al-Quran.

Video berdurasi sepanjang enam minit 21 saat itu juga turut ‘mengimbau’ bantuan diumumkan kerajaan dalam pelbagai aspek termasuk aspek peningkatan infrastruktur, pendidikan dan bencana di seluruh negara termasuk negeri ditadbir pembangkang.

Ia termasuklah peruntukan RM22.5 juta untuk pembinaan dan menaik taraf gerai penjaja; RM133.5 juta bagi Kelantan antaranya bagi menambah baik lapangan terbang dan RM14 juta bagi menaiktaraf Projek Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Wang Kelian di Perlis.

Bagi bencana banjir yang berlaku bulan lalu, kerajaan berjaya menyalurkan bantuan banjir sebanyak RM13 juta bagi Kedah; dan masing-masing RM25 juta bagi Kelantan dan RM25 juta.

Bagi tahun hadapan, bantuan yang akan disalurkan kerajaan antaranya melalui Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM13 bilion.

Ia sekali gus menyaksikan peningkatan tertinggi dengan peningkatan sebanyak RM3 bilion berbanding RM10 bilion sebelum ini.

Dalam pembentangan Belanjawan 2025 pada 18 Oktober lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pada tahun depan sebanyak 4.1 juta penerima STR kategori isi rumah akan menerima SARA sebanyak RM100 sebulan berbanding 700,000 penerima tahun ini. Foto Bernama

Peningkatan itu akan terus memberi manfaat kepada sembilan juta penerima atau bersamaan 60 peratus penduduk dewasa negara.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *