PM Anwar Diberi Sambutan Rasmi Oleh Presiden Putin Di Kremlin

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim diberikan sambutan rasmi di Kremlin, kediaman rasmi Presiden Russia Vladimir Putin di Moscow pada 14 Mei 2025. Foto Kremlin.ru

MOSCOW, 14 Mei – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim diberikan sambutan rasmi di Kremlin, kediaman rasmi Presiden Vladimir Putin sekali gus mencerminkan detik penting dalam usaha memperkukuh hubungan diplomatik antara Malaysia dan Russia.

Sejurus ketibaan beliau pada 1.48 tengah hari waktu tempatan (6.48 petang waktu Malaysia), Anwar memulakan rangka lawatan rasmi empat hari ke Russia bermula semalam, telah disambut oleh Putin di Bilik Hijau.

Kedua-dua pemimpin dijadual mengadakan mesyuarat tertutup sebelum Anwar, yang juga Menteri Kewangan, menghadiri majlis makan tengah hari dihoskan Putin dan mengadakan mesyuarat bersama delegasi kedua-dua negara.

Anwar dan Putin dijadual mengadakan sidang media bersama selepas itu.

Lawatan rasmi Perdana Menteri ke Russia yang bermula di Moscow, akan berakhir pada 16 Mei ini di Kazan, Tartastan.

Beliau mengetuai delegasi negara yang terdiri daripada Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang, Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani serta Duta Besar Malaysia ke Rusia Datuk Cheong Loon Lai.

Delegasi Putin pula terdiri daripada Menteri Luar Sergey Lavrov, Timbalan Pengerusi Pertama Kerajaan Rusia Denis Manturov, Timbalan Ketua Turus Pejabat Eksekutif Presiden Maxim Oreshkin dan Timbalan Ketua Turus Pentadbiran Kepresidenan merangkap Setiausaha Akhbar Dmitry Peshkov.

Delegasi Malaysia diketuai Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan delegasi Russia diketuai Presiden Vladimir Putin di Kremlin, Moscow pada 14 Mei 2025. Foto Kremlin.ru

Acara itu mendapat liputan lebih 80 pengamal media tempatan dari pelbagai agensi.

Terdahulu, Anwar mengadakan mesyuarat dua hala dengan rakan sejawatnya, Mikhail Mishustin.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *