Pertemuan PM Anwar Dan PM Starmer Bincang Penyelesaian Isu Palestin

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim disambut Perdana Menteri UK Keir Starmer di pejabat Perdana Menteri UK itu di No 10, Downing Street pada 1 tengah hari (9 malam waktu Malaysia). Foto Facebook Anwar Ibrahim

LONDON, 15 Jan – Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan mesyuarat dua hala bersama Perdana Menteri United Kingdom (UK), Keir Stammer yang berlangsung hari ini sebagai pertemuan yang baik.

Jelas Perdana Menteri, beliau dan rakan sejawatannya itu berpeluang mengadakan perbincangan empat mata bagi memperkukuhkan hubungan antara kedua-dua negara, meliputi semua aspek termasuk ekonomi, pertahanan, serta pendidikan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim disambut Perdana Menteri UK Keir Starmer di pejabat Perdana Menteri UK itu di No 10, Downing Street pada 1 tengah hari (9 malam waktu Malaysia). Foto Facebook Anwar Ibrahim

Bercakap kepada delegasi media Malaysia selepas pertemuan tersebut, Anwar menambah mereka berdua juga membincangkan mengenai penyelesaian terhadap isu Palestin.

“Ia terutamanya mengenai situasi di Gaza, dengan harapan untuk mencapai penyelesaian dua negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dua hala dengan Perdana Menteri UK Keir Starmer di pejabat Perdana Menteri UK itu di No 10, Downing Street pada 1 tengah hari (9 malam waktu Malaysia). Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Kami kelihatan agak optimis untuk mencapai penyelesaian secepat mungkin,” katanya pada petang Rabu waktu tempatan.

Jelas Anwar lagi, hal-hal yang dibincangkan tersebut seterusnya akan dibawa ke peringkat menteri masing-masing bagi tujuan pelaksanaan yang lebih teratur dan tersusun.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dua hala dengan Perdana Menteri UK Keir Starmer di pejabat Perdana Menteri UK itu di No 10, Downing Street pada 1 tengah hari (9 malam waktu Malaysia). Foto Facebook Anwar Ibrahim

Anwar dan Starmer mengadakan mesyuarat dua hala di No. 10 Downing Street, London selama hampir 40 minit.

Pertemuan tersebut sempena rangka lawatan kerja beliau ke London, bermula 15 hingga 19 Januari ini.

Sementara itu, Starmer berkata pertemuan tersebut satu peluang yang baik selepas enam bulan beliau menggalas jawatan sebagai Perdana Menteri UK.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dua hala dengan Perdana Menteri UK Keir Starmer di pejabat Perdana Menteri UK itu di No 10, Downing Street pada 1 tengah hari (9 malam waktu Malaysia). Foto Facebook Anwar Ibrahim

Jelas beliau, pertemuan tersebut juga penting ketika Malaysia mengambil alih Kepengerusian ASEAN 2025.

“(Pertemuan ini) merupakan potensi besar untuk kerjasama.

“Saya amat bersemangat untuk berbincang dengan anda mengenai keutamaan dan idea-idea anda.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bercakap kepada media selepas mengadakan pertemuan dua hala dengan Perdana Menteri UK Keir Starmer di pejabat Perdana Menteri UK itu di No 10, Downing Street pada 1 tengah hari (9 malam waktu Malaysia). Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Terima kasih banyak atas pelaburan dan komitmen yang telah anda tunjukkan dalam kerjasama ini,” ujar beliau.

Starmer menambah, UK dan Malaysia mempunyai hubungan yang rapat dan bersejarah, dan mengalu-alukan syarikat-syarikat Malaysia terus melabur di UK.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim disambut Perdana Menteri UK Keir Starmer di pejabat Perdana Menteri UK itu di No 10, Downing Street pada 1 tengah hari (9 malam waktu Malaysia). Foto Facebook Anwar Ibrahim


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *