Pasaran EV: Malaysia-Indonesia Tidak Bersaing – PM Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian ketika sesi wawancara bersama peneraju Martin Soong dalam rancangan The CNBC Conversation terbitan CNBC awal pagi tadi. Foto CNBC

KUALA LUMPUR, 21 Ogos – Malaysia tidak melihat Indonesia sebagai pesaing terbesar dalam pasaran kenderaan elektrik (EV) di rantau ini.

Sebaliknya, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim, kedua-dua negara saling melengkapi melibatkan perkongsian industri sebagai lambang keakraban dan kerjasama utuh antara kedua-dua negara serumpun itu.

Perdana Menteri berkata beberapa siri pertemuan telah dibuat bersama Presiden Indonesia Joko Widodo yang turut melibatkan beberapa rakan industri di sana.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian ketika sesi wawancara bersama peneraju Martin Soong dalam rancangan The CNBC Conversation terbitan CNBC awal pagi tadi. Foto CNBC

“Indonesia merupakan negara jiran yang penting buat Malaysia. Kami telah bekerjasama dengan baik melibatkan sektor kerajaan dan swasta. Saya berfikir daripada menjadi pesaing, kami seharusnya saling melengkapi.”

“Ini berdasarkan ‘semangat’ daripada beberapa siri pertemuan bersama Presiden Joko Widodo diikuti dengan rakan industri,” kata Anwar dalam sesi wawancara bersama peneraju The CNBC Conversation, Martin Soong yang disiarkan di stesen televisyen CNBC pagi tadi.

Difahamkan Indonesia mensasarkan peningkatan pasaran EV kepada 25 peratus daripada jumlah kenderaan keseluruhannya menjelang 2030.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *