‘Modal’ Serbuk Cili Rompak RM2,500 Dari Kedai Telefon Bimbit

Wajah suspek perompak menggunakan serbuk cili di sebuah kedai sebelum tular di media sosial. Foto X
NEW DELHI, 2 Mei – Hanya ‘bermodalkan’ serbuk cili, seorang pemilik kedai di Bijnor, negeri Uttar Pradesh dirompak 50,000 rupee (RM2,500) oleh seorang lelaki lapor portal berita The Indian Express semalam.
Kejadian baru-baru ini itu dirakam sistem televisyen litar tertutup (CCTV) sebelum tular di media sosial.
Menurut akhbar The Free Press Journal, seorang lelaki memakai topeng memasuki kedai itu dan menyamar sebagai pelanggan tetap.
Ketika pemilik kedai sedang memproses transaksi prabayar untuk telefon bimbit suspek, dia tiba-tiba mengeluarkan serbuk cili dari dalam jaketnya.
Dia membaling serbuk cili ke arah muka pemilik kedai tersebut tanpa menyedari dirinya dirakam CCTV.
Suspek dengan pantas mencapai laci dan mengambil wang tunai 50,000 rupee sebelum melarikan diri.
Orang ramai bergegas membantu pemilik kedai membersihkan matanya dan menghubungi pihak berkuasa. Polis masih menyiasat kejadian itu.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
