Malaysia Sokong Penuh Pakistan Jadi Rakan Dialog ASEAN – PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berbicara dalam temu bual eksklusif dengan Pakistan TV yang disiarkan melalui saluran YouTube stesen televisyen itu pada Jumaat.
KUALA LUMPUR, 4 Okt – Pakistan mendapat sokongan penuh untuk menjadi rakan dialog penuh dengan ASEAN, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri berkata Malaysia berada dalam kedudukan untuk membuka peluang kepada hasrat Pakistan dalam menjadi rakan dialog.
“Malaysia menyokong kerana pendirian kami adalah untuk melibatkan diri dan membuka ruang,” kata Anwar dalam temu bual eksklusif dengan Pakistan TV yang disiarkan melalui saluran YouTube malam ini.
Sementara itu, Perdana Menteri berkata beliau mengadakan perbincangan dengan Presiden Rusia Vladimir Putin mengenai penyertaan ke dalam blok ekonomi BRICS semasa lawatan ke Vladivostok September lepas.

“Dan sudah tentu, saya dijemput ke Kazan untuk menghadiri sebagai rakan anggota sebelum menjadi anggota penuh.
“Kami bersikap terbuka, tetapi keputusan akhirnya akan dibuat berdasarkan konsensus dalam ASEAN,” kata beliau.
Sebelum ini, Pesuruhjaya Tinggi Pakistan ke Malaysia Syed Ahsan Raza Shah dilaporkan berkata Malaysia menjadi antara penyokong utama Pakistan dalam ASEAN.
Oleh itu katanya, Pakistan berjaya memperoleh perkongsian dialog sektoral dan kini berhasrat menjadi rakan dialog penuh ASEAN dengan sokongan berterusan Malaysia.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
