Kerajaan Umum Diskaun Tol 50 Peratus Semasa Musim Perayaan 2025

Kerajaan dilapor memutuskan untuk memberi diskaun tol 50 peratus sepanjang mus perayaan tahun ini.

KUALA SELANGOR, 4 Feb – Kerajaan memutuskan pemberian diskaun tol 50 peratus akan dilaksanakan sepanjang musim perayaan tahun ini kata Menteri Kerja Raya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui sewaktu turun padang sempena tinjauan kerja ke Sungai Besar, di sini, hari ini.

Sebelum ini, kerajaan bersetuju memberi potongan tol 50 peratus dari kadar tol biasa sempena Tahun Baharu Cina.

Nanta Linggi dilapor berkata, potongan tol dilaksanakan bermula jam 12.01 tengah malam 27 Januari dan berakhir jam 11.59 malam 28 Januari bagi kenderaan persendirian Kelas 1 sahaja.

Keputusan itu, katanya ditetapkan dalam mesyuarat Kabinet pada 24 Januari lalu membabitkan implikasi kewangan ditanggung kerajaan berjumlah RM20.08 juta sebagai pampasan kepada syarikat konsesi tol.

Ia dilaksanakan di semua plaza tol kecuali plaza tol di sempadan negara iaitu Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan Plaza Tol Tanjung Kupang Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA).


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *