GIP Beroperasi Secara Berasingan Daripada BlackRock – Kementerian Kewangan

Kementerian Kewangan menjelaskan GIP tidak akan beroperasi bersama BlackRock bagi menjawab soalan Ismail Sabri.

KUALA LUMPUR, 10 Jul – Kementerian Kewangan (MoF) menjelaskan Global Infrastructure Partners (GIP) akan beroperasi secara berasingan daripada BlackRock selepas syarikat itu diambil alih kelak.

Menurut kementerian itu, operasi pengurusan GIP juga akan mengekalkan kawalan penuh dan tanggungjawab terhadap hala tuju strategiknya serta syarikat yang dilabur.

“Ini bermakna GIP akan terus beroperasi secara berasingan daripada BlackRock.

“Abu Dhabi Investment Authority (ADIA) bersama GIP juga akan memiliki pegangan minoriti 30 peratus dalam MAHB.

“Segala keputusan penting berkenaan MAHB hanya akan dilaksanakan berdasarkan persetujuan bersama ahli-ahli konsortium,” katanya dalam jawapan bertulis disiarkan di laman sesawang Parlimen pada Rabu.

MoF menjawab soalan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (BN-Bera) yang mahu penjelasan mengenai status penjualan saham MAHB kepada konsortium yang turut membabitkan syarikat berkaitan Israel, Blackrock.

MoF turut menegaskan transaksi bagi pengambilalihan MAHB tidak membabitkan BlackRock sama sekali.

Tawaran pengambilalihan MAHB adalah urusan transaksi komersial dengan perbincangan dijalankan pihak wakil konsortium tidak membabitkan BlackRock.

Daripada segi pelaburan, Anwar berkata, MAHB hanya membelanjakan RM1.4 bilion dalam tempoh lima tahun lalu berbanding RM6.6 bilion oleh Thailand dan RM12 bilion bagi Indonesia.

Atas dasar itu, katanya konsortium terbabit yang diterajui Khazanah dan KWSP akan memiliki majoriti 70 peratus pegangan bersama dalam MAHB.

Jelasnya, tawaran bagi mengambil alih dan menswastakan MAHB memudahkan pembaharuan dilaksanakan dengan kadar yang segera.

Beliau berkata, baki 30 peratus pegangan di bawah konsortium terbabit akan dimiliki ADIA dan GIP berperanan melalui pengalaman dan kepakaran teknikal dalam pengendalian operasi lapangan terbang antarabangsa.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *