Zuraidi Bincang Potensi Penerbangan Terus Ke Langkawi Bersama Menteri Kanan Indonesia

IMG_9463

Pengerusi Anak Muda MADANI Kedah, Datuk Zuraidi Rahim berbincang bersama Menteri Koordinator Bidang Hukum, Hak Asasi Manusia, Imigrasi dan Pemasyarakatan Indonesia, Prof. Dr. Yusril Ihza Mahendra di Jakarta pada 29 Oktober 2026. Foto Zuraidi Rahim

JAKARTA, 30 Okt – Usaha memperkukuh hubungan dua hala antara Malaysia dan Indonesia terus dipergiat menerusi perbincangan khusus mengenai potensi pembukaan laluan penerbangan terus dari beberapa bandar utama di Indonesia ke Langkawi.

Menerusi hantaran di media sosial hari ini, perkara itu merupakan fokus perbincangan antara Pengerusi Anak Muda MADANI Kedah, Datuk Zuraidi Rahim dengan Menteri Koordinator Bidang Hukum, Hak Asasi Manusia, Imigrasi dan Pemasyarakatan Indonesia, Prof. Dr. Yusril Ihza Mahendra di sini, semalam.

“Alhamdulillah, berkesempatan mengadakan perbincangan bersama sahabat baik saya, Prof. Dr. Yusril Ihza Mahendra, Menteri Koordinator Bidang Hukum, Hak Asasi Manusia, Imigrasi dan Pemasyarakatan Republik Indonesia, bagi membincangkan potensi membuka laluan penerbangan terus (direct flight) ke Langkawi dari beberapa provinsi di Indonesia,” katanya.

Pengerusi Anak Muda MADANI Kedah, Datuk Zuraidi Rahim berbincang bersama Menteri Koordinator Bidang Hukum, Hak Asasi Manusia, Imigrasi dan Pemasyarakatan Indonesia, Prof. Dr. Yusril Ihza Mahendra di Jakarta pada 29 Oktober 2026. Foto Zuraidi Rahim

Menurut hantaran itu, perbincangan berkenaan turut berbicara tentang perkongsian hubungan rapat dengan beberapa pemilik syarikat penerbangan di Indonesia, selain peluang kerjasama dengan syarikat penerbangan di bawah anak syarikat kerajaan Indonesia.

Antara bandar yang diberi penumpuan khusus termasuk Jakarta, Banda Aceh, Bali (Denpasar), Bandung dan Medan yang berpotensi menjadi pintu masuk utama pelancong dari republik itu ke Langkawi yang terkenal sebagai ‘syurga dunia’ buat pelancong luar negara.

“Insya-Allah, perbincangan ini akan disusuli dengan pertemuan bersama pemilik-pemilik syarikat penerbangan di Indonesia serta pihak Kerajaan Indonesia bagi meneroka peluang dan membuka ruang untuk merealisasikan penerbangan terus ke Langkawi.

Pengerusi Anak Muda MADANI Kedah, Datuk Zuraidi Rahim berbincang bersama Menteri Koordinator Bidang Hukum, Hak Asasi Manusia, Imigrasi dan Pemasyarakatan Indonesia, Prof. Dr. Yusril Ihza Mahendra di Jakarta pada 29 Oktober 2026. Foto Zuraidi Rahim

“Usaha ini merupakan antara langkah penting untuk memperluaskan akses pelancong dari Indonesia ke Langkawi, sekali gus merancakkan sektor pelancongan, ekonomi dan perniagaan tempatan,” ujarnya lagi.

Langkah memperluas jaringan ini tambahnya, berpotensi memberi manfaat kepada pengusaha pelancongan, pemain industri perhotelan serta perusahaan kecil dan sederhana di Langkawi.

Untuk itu, Zuraidi menambah, usaha berterusan bagi membina hubungan strategik dengan pihak berkepentingan di Indonesia merupakan antara ruang yang boleh diterokai bagi memperkukuhkan kedudukan Langkawi sebagai destinasi pelancongan antarabangsa.

Pengerusi Anak Muda MADANI Kedah, Datuk Zuraidi Rahim mengadakan sesi dialog dengan penduduk Pulau Tuba dalam usaha membantu merancakkan ekosistem pelancongan di Langkawi pada 14 Oktober 2026. Foto Zuraidi Rahim

Dengan hubungan penerbangan terus dari bandar-bandar di republik itu juga akan memudahkan pergerakan pelancong serta merancakkan ekonomi domestik di pulau bebas cukai itu.

Ia selari dengan titah Sultan Kedah, Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah bahawa Langkawi mempunyai keunikan tersendiri yang perlu diketengahkan bagi memastikan pulau legenda itu terus menjadi pilihan pelancong dari seluruh dunia.

Menurut baginda, Langkawi bukan Phuket dan bukan juga Bali, sebaliknya mempunyai kekuatan tersendiri menerusi keindahan alam semula jadi, warisan dan budaya.

Pengerusi Anak Muda MADANI Kedah, Datuk Zuraidi Rahim berbincang bersama Menteri Koordinator Bidang Hukum, Hak Asasi Manusia, Imigrasi dan Pemasyarakatan Indonesia, Prof. Dr. Yusril Ihza Mahendra di Jakarta pada 29 Oktober 2026. Foto Zuraidi Rahim

Baginda bertitah, pembangunan sektor pelancongan di Langkawi perlu dilaksanakan secara seimbang dengan usaha memelihara khazanah alam yang menjadi antara tarikan utama pulau berkenaan.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *