Ziarah Kasih MADANI, Gotong-Royong Bersama AADK Titip Bahaya Dadah, Dekati Rakyat Memerlukan

Ahli Majlis MBSP Nur Aishah Zainol turun padang membantu gotong-royong bersama MPKK dan AADK Daerah Seberang Perai Tengah dalam program yang diadakan di Surau Al-Hannan Taman Seri Mengkuang pada Ahad. Foto Muzakkir Haron

BUKIT MERTAJAM, 20 Nov – Menjadi rutin setiap kali cuti minggu bagi aktivis masyarakat Nur Aishah Zainol merangkap Ahli Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) jarang-jarang tidak pernah kosong dengan program kemasyarakatan malah ada sahaja aktiviti atau program yang menggamit beliau turun ke lapangan.

Sekali lagi beliau dan pasukannya mengorak langkah apabila berkolabarasi dengan pihak Agensi Anti-Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Seberang Perai Tengah di dalam satu Program Ziarah Kasih MADANI yang telah diadakan selama dua hari Sabtu dan Ahad pada 18 dan 19 November lalu di sekitar kawasan Penanti.

Lokasinya bertempat di Surau Al-Hannan Taman Seri Mengkuang dan kawasan berisiko di Kampung Tun Sardon, Penanti.

Program ini telah mendapat kerjasama baik di antara pihak penganjur dan beberapa orang penduduk setempat sambil dibantu ahli-ahli MPKK.

Ahli Majlis MBSP Nur Aishah Zainol turun padang membantu gotong-royong bersama MPKK dan AADK Daerah Seberang Perai Tengah dalam program yang diadakan di Surau Al-Hannan Taman Seri Mengkuang pada Ahad. Foto Muzakkir Haron

“Antara lain tujuan diadakan Ziarah Kasih MADANI seumpama ini adalah untuk mempuk kesedaran di kalangan masyarakat atau penduduk setempat terutamanya golongan remaja dan belia supaya mengambil manfaat mengisi masa lapang dengan melakukan aktiviti-aktiviti atau kegiatan yang berfaedah.

“Wakil AADK juga berpeluang menyampaikan peringatan dan menitipkan sedikit nasihat agar semua ahli keluarga dapat memastikan anak-anak tidak terpengaruh dan berkawan dengan mereka yang disyaki terjebak dengan gejala najis dadah,” kata Nur Aishah.

Menyedari gejala dan kesan buruk buat mereka yang terjebak atau ketagihan dengan najis dadah, pihaknya bersama AADK turun padang meneliti kesannya termasuk salah satunya kesan terhadap mental dan emosi mereka telah berada di luar kawalan minda seakan-akan telah dirasuk hantu.

Bukan itu sahaja dadah sebenarnya adalah ibu segala punca utama masalah sosial serta jenayah malah kesan buruknya akan menimpa ahli keluarga dan penduduk.

Di kesempatan program, Nur Aishah turut merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak AADK Seberang Perai Tengah serta wakil MPKK dan penduduk yang terlibat di dalam menjayakan program Ziarah Kasih MADANI sepanjang hujung minggu lalu.

Rangkuman program pada Sabtu dan Ahad di DUN Penanti iaitu Ziarah Kasih MADANI dan Gotong-Royong MADANI di beberapa kawasan berisiko. Foto TikTok

Beliau berharap semoga kerjasama ini dapat diteruskan di masa-masa akan datang, Insya Allah.

Pada program gotong royong tersebut Nur Aishah telah menyampaikan sedikit bakul makanan kepada mereka yang terlibat.

Di akhir program itu juga turut disampaikan pemenang cabutan bertuah dan sedikit cenderahati daripada pihak penganjur sebagai tanda ingatan dan kenang-kenangan.

Laporan Muzakkir Haron

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *