Wira Negara Yang Akan Terus Didendang, Faisal Halim

Sifat peramah dan baik hati Faisal Halim amat diingati penduduk Penanti malah seluruh Pulau Pinang dengan pelbagai program pembangunan bola sepak anak muda dan belia sepanjang menyarung jersi Harimau Malaya.

PENDAPAT, 10 MeiDalam sekelip mata, segalanya telahpun berubah. Saat indah ketika bersama anak dan isteri secara tiba-tiba telah bertukar menjadi mimpi ngeri. Itulah yang dialami oleh seorang pemain negara kesayangan penyokong Skuad Harimau Malaya dan pasukan negeri Selangor.

Segalanya bermula selepas negara digemparkan dengan berita yang melaporkan seorang pemain bola sepak negara iaitu Faisal Halim telah menjadi mangsa simbahan asid jenis sulfurik pekat oleh seorang individu tidak dikenali.

Malah pelakunya berhati durjana serta tidak berhati perut. Waima apapun siapakah pelakunya atau mereka yang disyaki turut bersubahat dengan kerja jahat ini dianggap pengkhianat negara.

Motifnya si pelaku mempunyai niat mahu membunuh masa depan karier si mangsa dalam sukan bola sepak antarabangsa dan Asia.

Sifat peramah dan baik hati Faisal Halim amat diingati penduduk Penanti malah seluruh Pulau Pinang dengan pelbagai program pembangunan bola sepak anak muda dan belia sepanjang menyarung jersi Harimau Malaya.

Paling dikesali saat genting bagi Skuad Harimau Malaya dalam usaha untuk menghidupkan peluang layak ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia/Asia secara tetiba kita semua dikejutkan dengan kejadian yang menimpa seorang pemain negara yang disifatkan merupakan aset penting dalam sukan bola sepak negara.

Maka usaha dan niat untuk mematikan aset penting negara yang mensasarkan Faisal Halim dijadikan mangsa bukanlah sesuatu perkara yang dipandang kecil atau mudah untuk dimaafkan kerana ianya benar-benar merugikan pasukan Skuad Harimau Malaya.

Oleh itu akan hilanglah seri bola sepak Malaysia selepas seorang pemain menjadi tumpuan Asia kini sudah tidak dapat untuk melihat kelibatnya di tengah padang dipercayai mungkin mengambil satu tempoh masa yang panjang untuk beliau Faisal Halim pulih kembali.

Para penyokong serta pemerhati sukan negara masih berdukacita dengan perkembangan Faisal Halim yang sehingga kini terus terlantar dan menerima rawatan rapi di sebuah hospital swasta di Shah Alam.

Berkongsi sama perasaan dukacita itu yang dikatakan sangat rapat kerana mengenali ahli keluarga Faisal Halim iaitu Nur Aishah Zainol yang merupakan salah seorang Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Seberang Perai mulanya agak terkejut dan seperti tidak percaya yang Faisal Halim menjadi mangsa buas manusia durjana.

Namun beliau percaya sepanjang mengenali Faisal Halim dia seorang yang tidak lemah semangat lagipun Faisal sentiasa mendapat suntingan semangat daripada bapanya agar tabah menghadapi dugaan.

Kata Aishah; Dia bukanlah orang senang malah bersusah payah membina karier sehingga berada di tahap sekarang. Tahun lepas sempat kami meluangkan masa bersama-sama bagi menjayakan Faisal Halim Cup U23 anjuran Faisal Halim sendiri.

Mengulasnya lagi “Siapa yang tidak sedih, dengan keadaan Faisal sekarang. Sedih bukan kerana dia terlantar di atas katil wad akan tetapi beliau telah dianiaya oleh manusia durjana.

Dalam pada itu, Nur Aishah merasakan yang seluruh peminat dan penyokong Faisal Halim pastinya tetap bersama memberikan sokongan moral atau sedang mendoakan akan kesembuhan Faisal agar beliau dapat kembali menceriakan sukan bola sepak negara.

Menurut Nur Aishah beliau boleh dianggap sebagai wira negara di mata dan di hati umum. Walaupun impian Faisal untuk dapat beraksi baki dua perlawanan kelayakan Piala Dunia bulan depan pastinya samar-samar atau terpaksa dilupakan tetap menganggap diri Faisal Halim adalah seorang wira negara yang akan terus di dendang.

  • Oleh Muzakkir Haron


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *