Wartawan Hiburan Huzz Kembali Ke Rahmatullah

Allahyarham Huzz menghembuskan nafas terakhir pada jam 6.10 petang di kediaman keluarganya di Pulau Pinang, hari ini.

KUALA LUMPUR, 8 JunWartawan hiburan terkenal era 1980-an hingga 1990-an, Huzz atau nama sebenarnya, Kamal Huzaini Kamaludin, 59, menghembuskan nafas terakhir akibat kanser usus tahap empat di kediaman abangnya di Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang, jam 6.10 petang tadi.

Berita pemergian Huzz disahkan oleh adiknya yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Bernama, Nur-ul Afida Kamaludin, 57.

Sebelum itu, Nur-ul Afida dilapor berkata, kesihatan arwah semakin merosot dan berada di bawah pemantauan doktor.

Terdahulu, arwah yang juga bekas Pengarang Majalah Utusan Radio & TV (URTV) dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada Mac lalu untuk menjalani pembedahan membuang ketumbuhan pada usus, kemudiannya disahkan menghidap kanser usus tahap empat.

Selepas beberapa bulan dirawat di HKL, arwah dibenarkan pulang dan dibawa ke kediaman abangnya di Bertam pada 31 Mei lalu untuk rawatan susulan.

Allahyarham Huzz menghembuskan nafas terakhir pada jam 6.10 petang di kediaman keluarganya di Pulau Pinang, hari ini.

Namun, keadaan menjadi kritikal selepas hampir seminggu berada di Pulau Pinang.

Penderitaan arwah turut mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan menyerahkan sumbangan diwakili Setiausaha Politik Perdana Menteri, Ahmad Farhan Fauzi ketika menziarahinya di HKL pada 21 Mei lalu.

Allahyarham memulakan kerjaya kewartawanan bersama akhbar Harian Nasional pada 1980-an.

Beliau kemudiannya menyertai syarikat Kumpulan Karangkraf bersama majalah Media Hiburan.

Pada awal 1990-an, Huzz menyertai Utusan Melayu (M) Berhad sebagai wartawan majalah URTV, selain terkenal dengan ruangan gosip Sensasi Huzz dalam sisipan Pancaindera, Mingguan Malaysia.

Bekas Wartawan Hiburan Terima Sumbangan PM Anwar

Allahyarham kemudiannya dinaikkan pangkat sebagai Penolong Pengarang Majalah Mangga bergandingan bersama Allahyarham Mama Juwie.

Jawatan terakhirnya, Pengarang URTV sebelum bersara selepas syarikat Utusan Melayu menutup operasi pada 2019.

Allahyarham juga penulis lirik dan dikenali menerusi lagu nyanyian Ramlah Ram berjudul Keangkuhan Mu.

KUALA LUMPUR, 8 Jun


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *