Warkah Dari Penanti Untuk Faisal Halim

Kehadiran Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh menguatkan semangat Faisal yang menjalani rawatan di sebuah hospital di Shah Alam. Foto Facebook Hannah Yeoh

PENDAPAT, 9 MeiSegalanya telah dinukilkan oleh Muzakkir Haron yang juga peminat Kim Pan Gon dan Skuad Harimau Malaya menerusi portal Harapan Madani dan ada dipaparkan dalam akhbar Utusan Malaysia. Saya sebagai seorang penulis prolifik akan mengupas perjalanan karier berkenaan pemain bola sensasi negara, Faisal Halim.

Kita percaya rata-rata peminat sukan bola sepak kesal dengan apa yang telah menimpa diri pemain negara malah amat sukar untuk memaafkan perbuatan terkutuk si pelaku.

Dalam hal insiden ini biarlah pihak PDRM menjalankan tugasnya tanpa ada campur tangan daripada netizen bola sepak yang boleh menjejaskan proses siasatan pihak PDRM.

Kehadiran Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh menguatkan semangat Faisal yang menjalani rawatan di sebuah hospital di Shah Alam. Foto Facebook Hannah Yeoh

Berdasarkan kronologi selang beberapa hari yang menimpa Akhyar Rashid negara telah digemparkan laporan seorang lagi pemain negara tetapi kali ini dianggap lebih buruk kerana menjadi mangsa simbahan asid.

Mungkin si pelaku daripada awal mempunyai niat untuk membunuh karier bintang bola sepak negara itu mahu menyimbah asid ke arah muka Faisal tetapi mujurlah yang terkena pada simbahan asid itu hanyalah di pergelangan lengan tangan sahaja.

Namun insiden ini membuka mata rakyat Malaysia bahawa sebarang bentuk keganasan tidak boleh dibiarkan berleluasa di negara ini dalam mana-mana bidang sekalipun kerana sudah pastinya imej negara menjadi bualan dunia.

’Ultras Malaya’ Permatang Pauh Beri Sokongan Padu Kepada Faisal Halim

Difahamkan keadaan diri Faisal Halim dilaporkan melecur seolah-olah bagaikan seumpama terkena tumpahan minyak panas yang boleh menyebabkan kulit mengelupas.

Walau bagaianapun kita percaya setiap kejadian mungkin terkandung 101 hikmah yang kita tidak ketahui. Faisal bukan sahaja milik kesayangan orang Penanti tetapi kini telah menjadi milik seluruh peminat sukan bola sepak negara.

Susulan insiden yang menimpa Faisal kini banyak pihak telah mula memberikan perhatian terhadap perkembangan ke atas dirinya hatta menarik perhatian media elektronik seperti Astro, TV3 dan pengamal media arus perdana untuk membuat liputan bagi mengetahui lebih lanjut akan keadaan kesihatannya.

Harimau Malaya ‘Balik Kampung’ Meriahkan Faisal Halim Cup 2023

Memandangkan beliau bukankah orang biasa-bisa atau seorang pemain bola sepak kampung tetapi kerana beliau merupakan seorang pemain yang masih muda berusia 26 tahun malahan telah menjadi aset penting untuk Skuad Harimau Malaya sebab ketiadaannya di pentas bola sepak negara amat dirasai dan ini pastinya merugikan buat pasukan bola sepak tanah air.

Beliau telah menunjukkan kesungguhan bermain dan telah membuktikan bakat dan kebolehannya di pentas bola sepak tertinggi seperti di Kejohanan Piala Asia tempoh hari di Qatar bahkan menarik perhatian pihak FIFA.

Bukan itu sahaja jasa dan sumbangannya telah menaikkan dan mengharumkan nama Malaysia di mata bola sepak dunia sehingga dunia mula menunjukkan minat untuk mengikuti perkembangan pemain-pemain Skuad Harimau Malaya apatah lagi yang punya nama semakin meniti dibibir peminat-peminat bukan sahaja di Malaysia sahaja bahkan di Asia.

PM Anwar Doakan Faisal Segera Sembuh

Jadi siapakah lagi orangnya jikalau bukan Faisal dengan aksi lincahnya di tengah padang malah berjaya mencipta jaringan kelas dunia.

Beliau diibarat permata berharga dan pemerhati sukan bola sepak negara amat berdukacita dengan apa yang telah menimpa ke atas beberapa orang pemain negara.

Insya Allah bersama dengan iringan doa daripada seluruh rakyat Malaysia yang mendoakannya mudah-mudahan beliau akan lekas sembuh dan cepat pulih seperti sedia kala.

Harimau Malaya Berjaya Kotakan Janji Calar Reputasi Korea Selatan

Jutaan terima kasih juga dititip kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh kerana melawat Faisal di hospital.

Saya juga merafak sembah menjunjung kasih kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah kerana berkenan membiayai kos rawatan Faisal sehingga sembuh. Dirgahayu Tuanku.

  • Oleh Muzakkir Haron


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *