Wanita Maut Ditikam 13 Kali, Suami Serah Di Di Balai Polis
Lokasi di Taman Tiram, Kulim Hi-Tech dipercayai penemuan seorang wanita maut ditikam oleh suami pada 14 September 2026.
KULIM, 15 Sep – Seorang wanita maut selepas dipercayai ditikam oleh suaminya di sebuah rumah di Taman Tiram, Kulim Hi-Tech di sini, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Syamsul Sinring, berkata hasil siasatan awal mendapati kejadian disyaki berpunca daripada perasaan cemburu.
Beliau berkata, suspek menyerah diri di Balai Polis Lunas sejurus selepas kejadian, manakala polis turut merampas sebilah pisau lipat bagi membantu siasatan.

“Suspek mengaku telah menikam mangsa sebanyak 13 kali, iaitu tujuh tikaman di dada, lima di perut dan satu di rusuk kanan menggunakan pisau lipat.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.
Beliau berkata, mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar, untuk tindakan lanjut.
Oleh Zuliaty Zulkiffli
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
