Wanita KEADILAN Pusat Ambil Alih Pentadbiran Wanita Cabang Shah Alam

Setiausaha Wanita KEADILAN, Sangetha Jayakumar berkata, tindakan itu diambil selaras dengan Peraturan Tetap Wanita KEADILAN bagi memastikan kebajikan serta aktiviti ahli-ahli di peringkat Shah Alam tidak terjejas.
KUALA LUMPUR, 25 Mei – Wanita KEADILAN Pusat mengambil alih, menyelia dan menguruskan segala urusan pentadbiran Wanita Cabang Shah Alam bermula serta-merta susulan kegagalan melaksanakan Mesyuarat Agung Tahunan Wanita Cabang (MATWC) dalam tempoh yang ditetapkan.
Setiausaha Wanita KEADILAN, Sangetha Jayakumar berkata, tindakan itu diambil selaras dengan Peraturan Tetap Wanita KEADILAN bagi memastikan kebajikan serta aktiviti ahli-ahli di peringkat Shah Alam tidak terjejas.
“Langkah intervensi pentadbiran ini adalah tindakan rutin demi membetulkan kelewatan tadbir urus dan memperkukuh struktur parti,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Sehubungan itu, beliau menyeru semua ahli akar umbi di Shah Alam kekal tenang dan bersatu hati.
“Wanita KEADILAN kekal utuh, teratur, dan komited sepenuhnya untuk memacu sayap ini ke hadapan tanpa sebarang gangguan,” tambahnya.
Sangetha berkata, Wanita KEADILAN sentiasa bergerak berlandaskan prinsip akauntabiliti, disiplin dan peraturan.
Dalam masa sama, beliau memberi jaminan kepada semua ahli parti bahawa keadaan adalah terkawal sepenuhnya dan pimpinan sayap kekal fokus kepada tanggungjawab tadbir urus parti.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web


