Usah Masuk Campur Urusan Parti Lain, KEADILAN Perlu Fokus Bina Kekuatan Sendiri

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Perjumpaan Presiden KEADILAN Bersama KEADILAN Negeri Johor di Pulai Springs Resort, Iskandar Puteri pada 15 Februari 2026. Foto PMO

MINDA NORAINI NORDIN, 17 Feb – Reaksi Perdana Menteri terhadap kemelut dalam Bersatu yang membuatkan Timbalan Presidennya, Hamzah Zainuddin dipecat cukup ringkas, tetapi mempunyai maksud yang mendalam kepada KEADILAN.

Kata Datuk Seri Anwar Ibrahim, biar mereka bergaduh dahulu.

Komen beliau yang ringkas itu bukan saja memberi maksud enggan masuk campur urusan parti lain, tetapi juga memberi isyarat kepada KEADILAN agar terus menumpukan kepada kekuatan sendiri.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Perjumpaan Presiden KEADILAN Bersama KEADILAN Negeri Johor di Pulai Springs Resort, Iskandar Puteri pada 15 Februari 2026. Foto PMO

Dengan PRU16 semakin hampir tarikhnya, menumpukan kepada kekuatan sendiri adalah lebih penting, apalagi menurut Anwar juga, KEADILAN kini berada dalam kedudukan paling kukuh keadaannya.

Dalam ucapan di beberapa program perjumpaan bersama ahli-ahli parti di tiga negeri, penekanan yang diberi Anwar selaku Presiden KEADILAN cukup jelas dan senada – terus bekerja kuat sebagai satu pasukan.

Maksudnya ialah biar apa pun masalah yang berlaku dalam parti lain, anggota KEADILAN harus menumpukan kepada diri sendiri.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Perjumpaan Presiden KEADILAN Bersama KEADILAN Negeri Johor di Pulai Springs Resort, Iskandar Puteri pada 15 Februari 2026. Foto PMO

Dalam ucapan di Kedah, Anwar menekankan ahli parti agar terus melangkah sebagai sebuah parti yang matang, berdisiplin dan teguh setia kepada amanah perjuangan reformasi yang kita junjung sejak awal penubuhannya.

“Keutamaan kita kini adalah memantapkan jentera parti di seluruh negeri dengan gabungan kekuatan pimpinan berpengalaman, kebijaksanaan tokoh-tokoh lama serta kesegaran dan idealisme generasi baharu.

“Organisasi parti yang kukuh, yakin dan berfungsi dengan baik di peringkat akar umbi adalah asas kepada kepercayaan rakyat.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Perjumpaan Presiden KEADILAN Bersama KEADILAN Negeri Johor di Pulai Springs Resort, Iskandar Puteri pada 15 Februari 2026. Foto PMO

SEMANGAT SETIA KAWAN

“Setiap anggota dan pimpinan mesti memperkukuh kesiapsiagaan, meningkatkan keyakinan dalaman serta menggerakkan parti dengan semangat setiakawan dan kesetiaan yang utuh kepada Keadilan,” tegasnya.

Selepas menemui ahli-ahli parti di Kedah pada Jumaat, beliau kemudian di Perak pada Sabtu dan kemudian ke Johor pada Ahad.

Dalam semua ucapannya di Majlis Perjumpaan Bersama Presiden KEADILAN itu, penekanan yang diberi adalah sama – kerja kuat dan kekal bersatu padu.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Perjumpaan Presiden KEADILAN Bersama KEADILAN Negeri Johor di Pulai Springs Resort, Iskandar Puteri pada 15 Februari 2026. Foto PMO

Apa yang Anwar mahukan sebenarnya ialah, apa pun masalah atau kemelut yang berlaku dalam parti lain, matlamat ahli-ahli KEADILAN ialah memastikan kemenangan dalam PRU akan datang.

Kemenangan itu hanya mungkin menjadi kenyataan jika semua pihak bersatu padu dan bekerja kuat.

Sebaiknya mari kita terus fokus membina kekuatan KEADILAN. Elak mencampuri urusan parti yang sedang berperang hingga hampir ranap.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *